Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi 2023 UiTM

Dublin Core

Title

Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi 2023 UiTM

Description

Satu sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi 2023 UiTM secara atas talian oleh dua (2) buah kumpulan projek kecemerlangan operasi yang telah berjaya menjadi finalis mewakli UiTM Cawangan Selangor (UCS) iaitu Pasukan Projek TIG@UCS (Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia) dan Pasukan Projek DFORM (Pejabat Polis Bantuan UiTM Kampus Puncak Perdana) telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Utama UCS.

Sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi 2023 Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah bertujuan untuk memantapkan pelaksanaan penambahbaikan proses kerja serta memperkukuhkan amalan Kecemerlangan Operasi di seluruh UiTM. Hadir memberi sokongan adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS dan Puan Alfina Bakar,K.M,N, CHRM, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan. Didoakan semoga pasukan UCS meraih kemenangan.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

6 Julai 2024

Files

96.jpg

Citation

“Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi 2023 UiTM,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/99.

Output Formats