Kejohanan UiTM International Criterium 2023

Dublin Core

Title

Kejohanan UiTM International Criterium 2023

Description

Pusat Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM dan Jawatankuasa Sukan Pelajar dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia buat julung-julung kalinya berjaya menganjurkan Kejohanan UiTM International Criterium 2023 di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Kejohanan yang disertai oleh 295 orang peserta itu terbahagi kepada 9 kategori dipertandingkan dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,000.00. Lebih menarik, kejohanan itu turut disertai oleh peserta dari luar negara iaitu dari Republic Of China dan Indonesia yang bertanding dalam kategori IPT serta penyertaan daripada pelumba kebangsaan bagi kategori elit. Amat membanggakan apabila peserta dari UiTM Cawangan Selangor (UCS) berjaya mengharumkan nama UCS dengan merangkul pingat kemenangan bagi beberapa kategori perlumbaan seperti MTB IPT Men Open, MTB IPT Women Open, Men IPT/IPTS Open, Men Junior dan Women Junior.

Pelepasan perlumbaan yang juga simbolik perasmian kejohanan dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor yang diiringi oleh YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) dan DSP/PB Suria Kamis, Timbalan Ketua Pegawai Keselamatan, juga wakil dekan-dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, dan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

Diharapkan agar kejohanan seperti ini bukan yang terakhir dianjurkan oleh UiTM, dan semoga ia menjadi kejohanan tahunan bagi sukan berbasikal di Malaysia pada masa akan datang. TAHNIAH kepada pihak penganjur dan semua pemenang!


Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

28 Oktober 2023

Files

International_Criterium_2023_5.jpg
International_Criterium_2023_1.jpg
International_Criterium_2023_2.jpg
International_Criterium_2023_3.jpg
International_Criterium_2023_4.jpg

Citation

“Kejohanan UiTM International Criterium 2023,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/12.

Output Formats