Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Menemui Rektor UiTM Cawangan Selangor

Dublin Core

Title

Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Menemui Rektor UiTM Cawangan Selangor

Description

Satu kunjungan hormat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam/ Selangor kepada YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Seramai 22 orang Ahli MPP yang ditemani oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Badrul Isa, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor telah mengadakan kunjungan hormat tersebut bagi menyampaikan ucap tahniah atas lantikan rektor baharu dan seterusnya membincangkan mengenai halatuju Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM.

Antara intipati perbincangan adalah peranan MPP dalam memastikan maklumat yang tepat disampaikan kepada seluruh mahasiswa mahasiswi UiTM, selain berperanan memberi maklumbalas dan cadangan kepada pihak pengurusan universiti ke arah meningkatan mutu perkhidmatan kepada pelajar. Mereka turut dinasihatkan agar menjadi contoh kepada mahasiswa lain dengan menggunakan saluran yang tepat bagi mengatasi masalah di dalam kampus.

Pihak pengurusan UiTM Cawangan Selangor akan sentiasa bersedia untuk mendengar, membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik demi kebajikan dan kesejahteraan kehidupan para mahasiswa.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

27 Oktober 2023

Files

MPPmeetRektor_3.jpg
MPPmeetRektor_2.jpg
MPPmeetRektor_5.jpg
MPPmeetRektor_4.jpg
MPPmeetRektor_1.jpg

Citation

“Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Menemui Rektor UiTM Cawangan Selangor,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed December 22, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/11.

Output Formats