Majlis Penutup Program Sambutan Maulidul Rasul Peringkat UCS 1445H/2023M

Dublin Core

Title

Majlis Penutup Program Sambutan Maulidul Rasul Peringkat UCS 1445H/2023M

Description

Majlis Penutup Program Sambutan Maulidul Rasul Peringkat UCS 1445H/2023M, Bicara Cinta Rasul & UCS Berselawat Solidariti bersama Palestin telah berjaya dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UCS, UiTM Cawangan Selangor.

Program yang dijalankan di Surau Ibnu Sina, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam itu telah berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran 2072 orang peserta dari kalangan pelajar kolej kediaman Kampus Puncak Alam.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor yang turut melancarkan Tabung Kutipan Kecemasan Untuk Palestin. Lebih menarik, kumpulan qasidah Ar-Rayyan telah dijemput bagi memimpin acara UCS berselawat sempena solidariti bersama Palestin manakala Al-Fadhil Ustaz Elyas Ismail pula telah dibawakan khas bagi menyampaikan ceramah “Bicara Cinta Rasul”.

Tahniah kepada semua pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang program Sambutan Maulidul Rasul UCS 2023 dan syabas kepada pihak penganjur atas kejayaan program yang direncanakan. Pengurusan UCS sentiasa menyokong program kerohanian seumpama ini dan perlu diteruskan lagi di masa akan datang.




Source

Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Selangor

Date

3 November 2023

Files

SambutanMaulidulRasul_1.jpg
SambutanMaulidulRasul_5.jpg
SambutanMaulidulRasul_2.jpg
SambutanMaulidulRasul_4.jpg
SambutanMaulidulRasul_3.jpg

Citation

“Majlis Penutup Program Sambutan Maulidul Rasul Peringkat UCS 1445H/2023M,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/17.

Output Formats