Program X-PROSIS (Explorace Program Siswa Sihat) & De Tour Trash To Cash

Dublin Core

Title

Program X-PROSIS (Explorace Program Siswa Sihat) & De Tour Trash To Cash

Description

Kelab Program Siswa Sihat (PROSIS) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dengan jayanya telah menganjurkan Program X-Prosis (Explorace Program Siswa Sihat) & De Tour Trash to Cash yang merupakan program bertaraf Peringkat Institusi Pendidikan Tinggi Negeri Selangor 2023.

Program ini mendapat kerjasama erat dan sokongan penuh daripada pelbagai pihak seperti Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (MPPUiTM), Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Cawangan Selangor (JPKUCS), Jabatan Optometris, Fakulti Sains Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Pusat Darah Negara (PDN), Persatuan Pemuafakatan Penduduk Puncak Alam (PPPPA), Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Antara aktiviti yang dijalankan sempena program ini adalah IPT Explorace, PROSIS Fun Run-Stay Hydrated, UCS Aerodance Competition, Pertandingan Mewarna, Program Derma Darah dan Pameran Kesihatan.

Hadir di majlis perasmian, YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, dalam ucapannya turut berharap agar program seperti ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan skala lebih besar supaya memberi impak yang lebih tinggi bukan sahaja kepada warga UiTM Cawangan Selangor, tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya.



Source

Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Selangor

Date

4 November 2023

Files

XPROSIS_1.jpg
XPROSIS_3.jpg
XPROSIS_2.jpg

Citation

“Program X-PROSIS (Explorace Program Siswa Sihat) & De Tour Trash To Cash,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 20, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/18.

Output Formats