Kunjungan Mesra Timbalan Naib Canselor ICAN ke UiTM Cawangan Selangor
Dublin Core
Title
Kunjungan Mesra Timbalan Naib Canselor ICAN ke UiTM Cawangan Selangor
Subject
Satu Sesi Kunjungan Mesra Timbalan Naib Canselor ICAN ke UiTM Cawangan Selangor telah berlangsung bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara ICAN UiTM dengan iCARE dan ICAN Fakulti di UiTM Cawangan Selangor. Kunjungan YBrs. Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili, Timbalan Naib Canselor (ICAN), telah disambut oleh YBrs. Prof. Dr. Ahmad Taufek Abd Rahman, Rektor, diiringi oleh YBrs. Profesor Dr Mohd Hafiz Mohd Hanafiah, Timbalan Rektor iCARE.
Selain berkongsi maklumat berkaitan jaringan industri bagi manfaat bersama, sesi ini turut menggalakkan komunikasi dua hala bersama Timbalan Dekan dan Koordinator ICAN Fakulti untuk bertukar pandangan. Kunjungan ini diharapkan dapat memperkasakan jalinan kerjasama sekaligus memantapkan ekosistem akademik dan industri di UiTM.

Source
Unit Komunikasi Korporat
Date
20 Februari 2025
Collection
Citation
“Kunjungan Mesra Timbalan Naib Canselor ICAN ke UiTM Cawangan Selangor,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed April 13, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/172.