Majlis Perbarisan Penutup Latihan Palapes UiTM

Dublin Core

Title

Majlis Perbarisan Penutup Latihan Palapes UiTM

Description

UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menjadi tuan rumah bagi Latihan Berterusan dan Latihan Kem Tahunan PALAPES UiTM 2025 yang telah bermula sejak 23 Februari 2025. Majlis Perbarisan Penutup Latihan yang disempurnakan oleh Kepten (K) Professor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin PSSTLDM, Naib Canselor UiTM merangkap Komandan PALAPES UiTM, bertempat di Padang Kawad Kampus Puncak Alam telah melibatkan seramai 580 orang terdiri daripada Pegawai, Jurulatih, Staf dan Pegawai Kadet Palapes UiTM.

Hadir menyantuni majlis adalah YBhg Kolonel Haji Ridzwan Shoib, Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor selaku tuan rumah, bersama barisan pengurusan kanan UiTM. Majlis diakhiri dengan Berbuka Puasa Bersama Komandan PALAPES UiTM. Diharapkan latihan ini dapat membentuk anggota PALAPES UiTM yang berdisiplin, berkepimpinan, dan berwibawa.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

16 Mac 2025

Files

37.jpg

Citation

“Majlis Perbarisan Penutup Latihan Palapes UiTM,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed April 13, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/173.

Output Formats