Majlis Kunjungan Mahabbah bersama Pengurusan dan Mahasiswa Pusat Asasi Kampus Dengkil

Dublin Core

Title

Majlis Kunjungan Mahabbah bersama Pengurusan dan Mahasiswa Pusat Asasi Kampus Dengkil

Description

UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima kunjungan YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, sempena Majlis Kunjungan Mahabbah bersama pengurusan dan mahasiswa Pusat Asasi Kampus Dengkil. Kunjungan mesra yang telah menyaksikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kepimpinan kementerian dan pihak pengurusan serta mahasiswa UiTM Cawangan Selangor dalam suasana penuh keberkatan.

Hadir menyantuni delegasi kunjungan adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, mewakili Naib Canselor, diiringi YBrs Profesor Ir. Dr Mohd Farid Abidin, Pengarah Pusat Asasi, bersama barisan pengurusan kampus. Majlis ini turut diserikan dengan sesi pemberian sumbangan Aidilfitri kepada 20 orang mahasiswa terpilih.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

17 Mac 2025

Files

38.jpg

Citation

“Majlis Kunjungan Mahabbah bersama Pengurusan dan Mahasiswa Pusat Asasi Kampus Dengkil,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed April 13, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/174.

Output Formats