Rewang Bubur Lambuk Perdana UCS 2025
Dublin Core
Title
Rewang Bubur Lambuk Perdana UCS 2025
Description
Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor sekali lagi berjaya menganjurkan Rewang Bubur Lambuk Perdana UCS 2025. Proses memasak bubur lambuk telah melibatkan kerjasama 62 orang staf selaku sukarelawan. Sebanyak 5 periuk dengan anggaran 2000 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada warga kampus.
Simbolik penyerahan bubur lambuk telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, dengan dihadiri oleh ketua PTJ, dekan fakulti dan wakil. Rewang kali ini turut dimeriahkan dengan penyertaan Hospital Al-Sultan Abdullah dengan sumbangan 3 periuk bubur lambuk yang diagihkan kepada pesakit dan staf, serta komuniti setempat.

Source
Unit Komunikasi Korporat
Date
19 Mac 2025
Collection
Citation
“Rewang Bubur Lambuk Perdana UCS 2025,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed April 11, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/176.