Program MYSaveFood Ramadhan 2025

Dublin Core

Title

Program MYSaveFood Ramadhan 2025

Description

Tahniah diucapkan kepada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UiTM Cawangan Selangor dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), serta Pemuda GEMA Malaysia atas penganjuran Program MYSaveFood Ramadhan 2025. Program ini bertujuan menyelamatkan lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga bazar dan menyalurkannya kepada golongan yang memerlukan.

Majlis dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohd Zuhairi Mat Radey, Pengarah KPDN Selangor, serta Encik Syazwan Che Zulkifli, Pengarah Projek Negeri Selangor MYSaveFood. Turut hadir adalah YBrs. Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Naib Canselor ICAN, diiringi Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, bersama barisan pengurusan kanan UiTM Cawangan Selangor. Kehadiran pelbagai agensi dan individu menunjukkan komitmen bersama dalam usaha mengurangkan pembaziran makanan serta membantu golongan yang memerlukan bantuan makanan sepanjang bulan Ramadan.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

19 Mac 2025

Files

41.jpg

Citation

“Program MYSaveFood Ramadhan 2025,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed April 11, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/177.

Output Formats