Majlis Khatam Al-Quran

Dublin Core

Title

Majlis Khatam Al-Quran

Description

Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran, sebagai penutup program tadarus yang berlangsung sempena bulan Ramadan, bermula pada 3 Mac 2025 sehingga 20 Mac 2025.

Program tadarus Al-Quran telah melibatkan lebih 197 orang peserta terdiri daripada staf UCS Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana, Kampus Sungai Buloh dan staf fakulti. Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS yang mengetuai majlis khatam, dan turut menyempurnakan penyerahan cenderamata kepada peserta tadarus.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

21 Mac 2025

Files

43.jpg

Citation

“Majlis Khatam Al-Quran,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed April 11, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/179.

Output Formats