Majlis Iftar Ramadan Bersama Rakan Strategik TVET Sunway
Dublin Core
Title
Majlis Iftar Ramadan Bersama Rakan Strategik TVET Sunway
Description
YBrs. Prof Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor (UCS), diiringi Timbalan Rektor iCARE dan tenaga pengajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan telah menyantuni jemputan Sunway Group ke Majlis Iftar Ramadan Bersama Rakan Strategik TVET Sunway.
Majlis ini merupakan platform berharga untuk memperkukuh hubungan strategik antara UCS dan Sunway Group, khususnya dalam memperluas kerjasama dua hala melibatkan aspek latihan industri, pembangunan bakat, serta pemerkasaan pelajar dalam bidang Pelancongan. Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Sunway Group atas jemputan dan komitmen berterusan dalam menyokong agenda pembangunan pendidikan tinggi negara melalui jaringan kerjasama yang mampan.

Source
Unit Komunikasi Korporat
Date
20 Mac 2025
Collection
Citation
“Majlis Iftar Ramadan Bersama Rakan Strategik TVET Sunway,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed April 11, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/178.