Lawatan Kerja dan Perbincangan Strategik ke Universitas Brawijaya, Indonesia
Dublin Core
Title
Lawatan Kerja dan Perbincangan Strategik ke Universitas Brawijaya, Indonesia
Description
Delegasi UiTM Cawangan Selangor telah mengadakan Lawatan Kerja dan Perbincangan Strategik ke Universitas Brawijaya, Indonesia yang disambut mesra oleh Rektor Universitas Brawijaya, YBhg. Profesor Dr. Widodo bersama barisan pegawai kanan serta warga akademik universiti tersebut. Pertemuan ini memberi fokus kepada tiga bidang utama, iaitu penyelidikan, inisiatif ranking dan akademik. Antara agenda utama termasuk kerjasama penyelidikan berimpak tinggi melalui skim matching grant, penganjuran persidangan bersama, penerbitan berindeks, mobiliti pensyarah dan pelajar, pembangunan kurikulum bersama serta perkongsian kepakaran dalam bidang khusus.
Kerjasama ini diharap dapat memperkukuh jaringan akademik, memperluas pengalaman pelajar, melahirkan inovasi bermanfaat serta menjadi jambatan ilmu antara kedua-dua universiti, sekali gus menyumbang kepada pembangunan masyarakat, negara dan rantau.

Source
Unit Komunikasi Korporat
Date
26 September 2025
Collection
Citation
“Lawatan Kerja dan Perbincangan Strategik ke Universitas Brawijaya, Indonesia,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed November 26, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/226.