Gala Dinner anjuran Universitas Negeri Malang

Dublin Core

Title

Gala Dinner anjuran Universitas Negeri Malang

Description

Delegasi UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima jemputan ke Gala Dinner anjuran Universitas Negeri Malang sempena 2025 ISTIC–NAM S&T Centre International Training Programme on “STI Policy: Artificial Intelligence for Climate Learning Futures” yang diadakan di Malang City Hall, Indonesia. Majlis berprestij ini turut dihadiri oleh wakil Datuk Bandar Kota Malang, serta peserta antarabangsa dari 13 negara termasuk Kamboja, Mesir, India, Indonesia, Iraq, Kenya, Malaysia, Mauritius, Myanmar, Nepal, Palestin, Afrika Selatan dan Zambia.

Kehadiran delegasi UiTM Cawangan Selangor membuka ruang untuk berinteraksi, memperluas jaringan global serta memperkukuh kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, sekali gus memperlihatkan komitmen dalam mendukung agenda kelestarian global serta memperkukuhkan kedudukan UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang berdaya saing di pentas antarabangsa.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

26 September 2025

Files

173.jpg

Citation

“Gala Dinner anjuran Universitas Negeri Malang,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed November 26, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/227.

Output Formats