Majlis Perasmian Penutup IIDEX 2023
Dublin Core
Title
Majlis Perasmian Penutup IIDEX 2023
Description
Setinggi penghargaan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UiTM atas kepercayaan kepada UiTM Cawangan Selangor dalam penganjuran Majlis Perasmian Penutup iidex2023. Program iidex2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, UiTM, di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Turut hadir adalah wakil Bank Islam Malaysia Berhad selaku penaja utama dan wakil Malaysia Palm Oil Board.
Program iidex2023 yang dijalankan selama 4 hari dengan tema Sustainable Development Goals (SDG) telah memanifestasikan kesungguhan UiTM dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan. Sebanyak 478 penyertaan dengan 16 anugerah dipertandingkan pada iidex2023. Tahniah diucapkan kepada Bahagian Penyelidikan Inovasi UCS yang merangkul tempat ke-3 dalam kategori Best Contigent Award dan juga kepada semua penyelidik UiTM Cawangan Selangor yang berjaya membawa pulang pingat.

Source
Unit Komunikasi Korporat
Date
15 Disember 2023
Collection
Citation
“Majlis Perasmian Penutup IIDEX 2023,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed November 10, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/33.