Kempen Pelupusan Ubat Ubatan Secara Selamat Fakulti Farmasi UiTM dengan Kerjasama Farmasi ALPRO

Dublin Core

Title

Kempen Pelupusan Ubat Ubatan Secara Selamat Fakulti Farmasi UiTM dengan Kerjasama Farmasi ALPRO

Description

Fakulti Farmasi UiTM dengan kerjasama Farmasi Alpro telah menganjurkan Kempen Pelupusan Ubat-Ubatan Secara Selamat di Dewan MPKS, Saujana Utama Sungai Buloh. Program kempen bersama komuniti ini dijalankan bagi memberi kesedaran berkaitan cara pelupusan ubat yang betul dan juga penjagaan kesihatan serta alam sekitar. Ia juga menjadi platfom rangkaian kerjasama antara UiTM, masyarakat awam serta pihak industri dengan dihadiri seramai lebih 300 orang peserta.

Majlis perasmian program kempen telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Farmasi Alpro, Mr. Ostwin Paw Yen Thng. Program dimeriahkan dengan kehadiran komuniti Saujana Utama dan Puncak Alam, delegasi daripada Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam, Universitas Pakuan, Indonesia, wakil-wakil NGO dan pelajar tahun akhir Fakulti Farmasi.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

16 Disember 2023

Files

91.jpg

Citation

“Kempen Pelupusan Ubat Ubatan Secara Selamat Fakulti Farmasi UiTM dengan Kerjasama Farmasi ALPRO,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed November 22, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/34.

Output Formats