Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dan Perjanjian Persetujuan (MOA)
Dublin Core
Title
Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dan Perjanjian Persetujuan (MOA)
Description
Tahniah diucapkan kepada Fakulti Sains Kesihatan yang telah berjaya melangsungkan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dan Perjanjian Persetujuan (MOA) bersama tujuh (7) rakan industri dari dalam dan luar negara terdiri daripada Pantai Integrated Rehab Sdn. Bhd., Physiogo Sdn. Bhd., GTPhysio and Rehabilitation Centre, My Physio Sdn. Bhd., Safwa Healthcare Sdn. Bhd., Spark Child Development Centre, dan Universitas 'Aisyiyah Yogyakarta (UNISA) Indonesia.
YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor telah berbesar hati mewakili Naib Canselor UiTM bagi menyempurnakan sesi tandatangan pada majlis ini. Diharapkan perjanjian yang telah dimeterai ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Ia juga diharapkan menjadi batu loncatan kepada FSK untuk mengetengahkan kemahiran para graduan di dalam dan luar negara.

Source
Unit Komunikasi Korporat
Date
5 Januari 2024
Collection
Citation
“Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dan Perjanjian Persetujuan (MOA),” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed February 23, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/36.