Kunjungan Hormat dan Perbincangan Hubungan Dua Hala Pejabat Daerah dan Tanah Kampong Gajah, JMYKO Holding Sdn. Bhd. bersama UiTM Cawangan Selangor

Dublin Core

Title

Kunjungan Hormat dan Perbincangan Hubungan Dua Hala Pejabat Daerah dan Tanah Kampong Gajah, JMYKO Holding Sdn. Bhd. bersama UiTM Cawangan Selangor

Description

Satu sesi kunjungan hormat dan perbincangan hubungan dua hala dari Pejabat Daerah dan Tanah Kampong Gajah, JMyKO Holding Sdn. Bhd. bersama UiTM Cawangan Selangor telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan FF1 Kampus Puncak Alam. Berbesar hati menyambut kunjungan tersebut adalah YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, bersama barisan Timbalan-timbalan Rektor UiTM Cawangan Selangor.

Antara agenda kunjungan hormat adalah untuk megukuhkan persefahaman antara Pejabat Daerah Tanah dan Tanah Kampong Gajah dan UiTM Cawangan Selangor, merancang aktiviti komuniti dan aktiviti pelajar bersama bagi tahun 2024, merancang kolaborasi aktiviti projek biodegradable di antara JMyKO Holding dan UiTM Cawangan Selangor, serta membincangkan berkaitan geran penyelidikan berfasa.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

21 Disember 2023

Files

94.jpg

Citation

“Kunjungan Hormat dan Perbincangan Hubungan Dua Hala Pejabat Daerah dan Tanah Kampong Gajah, JMYKO Holding Sdn. Bhd. bersama UiTM Cawangan Selangor,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 20, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/35.

Output Formats