Mesyuarat Pengurusan Tertinggi UiTM bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Sesi Lawatan Tapak Bangunan Residensi Yayasan LTAT di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

Dublin Core

Title

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi UiTM bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Sesi Lawatan Tapak Bangunan Residensi Yayasan LTAT di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

Description

Satu mesyuarat diantara Pengurusan Tertinggi UiTM bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan sesi lawatan tapak Bangunan Residensi Yayasan LTAT telah diadakan di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (iCAN) UiTM bersama YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT.

Hadir sama mewakili UiTM adalah YBhg. Profesor Sr Dr Md Yusof Hamid, Penolong Naib Canselor (Pembangunan), YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, barisan pengarah iCAN, serta wakil pengurusan kanan UiTM Cawangan Selangor. Beberapa perkara penting telah dibincangkan, termasuk penubuhan jawatankuasa pengurusan dan operasi residensi yang dijangka siap dibina pada Mac 2024.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

6 Februari 2024

Files

18.jpg

Citation

“Mesyuarat Pengurusan Tertinggi UiTM bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Sesi Lawatan Tapak Bangunan Residensi Yayasan LTAT di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed December 3, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/49.

Output Formats