Exhibition Review bagi Tahun Akhir Oktober 2023-Februari 2024

Dublin Core

Title

Exhibition Review bagi Tahun Akhir Oktober 2023-Februari 2024

Description

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar Semester 8 dan pensyarah Program Senibina Landskap dari Pengajian Perancang Bandar & Senibina Landskap, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) di UiTM Cawangan Selangor atas kejayaan penganjuran Exhibition Review bagi Tahun Akhir Oktober 2023-Februari 2024.

Berbesar hati menerima jemputan daripada Kolej Alam Bina untuk menghadiri sesi Exhibition Review ini adalah YBhg. Profesor TPr. Dr Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (iCAN), Profesor Ts Sr Dr Md Yusof Hamid, Penolong Naib Canselor Pembangunan, YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, Rektor-rektor Kampus Cawangan dan wakil-wakil Rektor Cawangan yang terlibat dalam projek para pelajar ini. Pameran cadangan konsep pelan induk landskap yang diusulkan oleh para pelajar ini melibatkan UiTM Cawangan Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

8 Februari 2024

Files

19.jpg

Citation

“Exhibition Review bagi Tahun Akhir Oktober 2023-Februari 2024,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/50.

Output Formats