Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul & Pelancaran Kempen Kesedaran Ikhtilat

Dublin Core

Title

Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul & Pelancaran Kempen Kesedaran Ikhtilat

Description

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Selangor hari ini telah berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UCS & Kempen Kesedaran Ikhtilat di Surau Ibnu Sina, Kampus Puncak Alam.

Majlis begitu meriah dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada mahasiswa dan mahasiswa dari Kolej Kediaman Pelajar Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana serta barisan pengetua-pengetua Kolej Kediaman Pelajar, dengan menampilkan Imam Muda Hassan, personaliti TV yang menyampaikan ceramah bertajuk “Mind Your Gap”.

Dalam ucapan perasmian, YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor turut berkata dalam usaha UiTM ingin melahirkan mahasiswa yang holistik dan berdaya saing di dalam semua bidang akademik, aspek adab, akhlak dan keperibadian mahasiswa dan mahasiswi tidak dipinggirkan.

TAHNIAH kepada UHEI kerana telah melaksanakan satu inisiatif yang komprehensif sebagai penganjur program-program kerohanian di kampus dengan membawakan program-program senada dengan keperluan semasa.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

20 Oktober 2023

Files

Maulidur_Rasul_6.jpg
Maulidur_Rasul_13.jpg
Maulidur_Rasul_1.jpg
Maulidur_Rasul_19.jpg
Maulidur_Rasul_2.jpg

Citation

“Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul & Pelancaran Kempen Kesedaran Ikhtilat,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/9.

Output Formats