Perasmian Program Masyarakat Sihat dan Sambutan Hari Jantung Sedunia

Dublin Core

Title

Perasmian Program Masyarakat Sihat dan Sambutan Hari Jantung Sedunia

Description

Hospital Al-Sultan Abdullah bersama rakan strategik UiTM iaitu Pfizer Sdn. Bhd. dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuala Selangor serta agensi yang terlibat telah berjaya menganjurkan program Masyarakat Sihat (MaSiH) hari ini. Dalam program yang sama, turut diraikan sambutan Hari Jantung Sedunia.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Puan Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor. Hadir mewakili YBhg. Profesor Datin Dr Suzana Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Menjalankan Fungsi Naib Canselor UiTM ialah YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor (UCS). Bersama-sama dalam majlis perasmian tersebut ialah YBhg. Profesor Dr Sazzli Shahlan Kasim, Pengarah Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM dan YBrs. Encik Tan Teik Soon, Pengarah Kewangan Pfizer Malaysia Sdn. Bhd. selaku penganjur. Turut memeriahkan majlis, wakil-wakil institusi, agensi dan NGO, pemimpin masyarakat, penghulu serta ketua-ketua kampung daerah Kuala Selangor.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Hospital Al-Sultan Abdullah kerana dengan sinergi yang ditunjukkan bersama-sama Fakulti Perubatan menerusi Jabatan Perubatan Kesihatan Awam telah berjaya mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan pihak industri dan pemimpin tempatan. Semoga dengan adanya penganjuran program kesihatan seumpama ini, komuniti dan warga UiTM Cawangan Selangor tidak hanya lebih sihat, tetapi lebih gembira dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik.




Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

26 Oktober 2023

Files

HariJantungSedunia_2.jpg
HariJantungSedunia_8.jpg
HariJantungSedunia_1.jpg
HariJantungSedunia_3.jpg
HariJantungSedunia_4.jpg

Citation

“Perasmian Program Masyarakat Sihat dan Sambutan Hari Jantung Sedunia,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/10.

Output Formats