Majlis Ramah Mesra Rektor dan Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Selangor (UCS)

Dublin Core

Title

Majlis Ramah Mesra Rektor dan Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Selangor (UCS)

Description

Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE) buat julung kalinya pada tahun ini telah menganjurkan “Majlis Ramah Mesra Rektor dan Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Selangor (UCS), Bersama Para Peniaga Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana”. Program ini diadakan sebagai salah satu platform pendekatan dan jalinan ukhwah diantara pengurusan UCS dan para peniaga kampus, serta membincangkan penambahbaikan yang dapat dilaksanakan demi memberikan perkhidmatan yang terbaik buat seluruh warga UCS, khususnya kepada para pelajar.

Dalam majlis yang sama, pelancaran kempen ‘No Plastic’ turut diadakan, dan disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS. Kempen yang akan bermula pada Oktober 2024 ini mengajak warga UCS untuk mengurangkan penggunaan plastik dengan membawa bekas ketika membeli makanan dan minuman. Majlis turut menyaksikan sesi penyerahan surat tawaran kepada peniaga baharu yang berjaya mendapat sewaan ruang niaga di premis UCS.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

12 Julai 2024

Files

95.jpg

Citation

“Majlis Ramah Mesra Rektor dan Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Selangor (UCS),” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/98.

Output Formats