Menara Sultan Abdul Aziz Shah

Dublin Core

Title

Menara Sultan Abdul Aziz Shah

Description

Menara Sultan Abdul Aziz Shah (Menara SAAS) ataupun 'Menara llmu' dibina pada 1972 dengan gaya rupa bangunan mengikut ekspresi 'brutalist' yang diilhamkan oleh arkitek British sekitar lewat 1960-an dan dibina daripada konkrit tertulang tanpa lepa sebagai bahan struktur dan kemasan utama. Bangunan ini dinamakan sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai tanda menghargai jasa dan khidmat bakti baginda. Menara ini dirasmikan dengan perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah lbni
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AI-Haj, selaku Pro-Canselor UiTM pada ketika itu. Dengan ketinggian 14 tingkat, Menara SAAS merupakan mercu tanda kewujudan UiTM yang memperlihatkan kehebatan universiti dengan kedudukan strategik yang tersergam megah di atas bukit dan dapat dilihat dari jauh di sekitar kawasan bandaraya Shah Alam dan menjadi antara bangunan ikonik utama untuk universiti ini.

Files

menara.png
Screenshot 2024-07-17 124759.png
Screenshot 2024-07-17 124738.png

Citation

“Menara Sultan Abdul Aziz Shah,” Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/canselor_uitm/items/show/8.

Output Formats