Masjid AI-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Dublin Core
Title
Masjid AI-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Description
Masjid AI-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah dirasmikan dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong yang ke-13, AI-Wathiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin lbni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah pada 10 Ogos 2011 bersamaan 10 Ramadhan 1432H di UiTM Shah Alam. Berkeluasan sehingga 7,664 meter persegi, masjid ini pada asalnya merupakan Pusat Islam ITM Shah Alam yang dirasmikan pada 1993 oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Amar Dr. Sulaiman Hj. Daud.
Pembinaan bangunan Pusat Islam yang boleh menampung seramai 7,000 orang jemaah ini menelan kos sebanyak RM5.7 juta yang turut disumbangkan oleh warga kampus pada masa itu. Ruang tertutup yang dihampar permaidani mampu memuatkan seramai 5,000 orang jemaah manakala ruang terbuka yang diperindah dengan jubin berkilauan mampu menampung seramai 2,000 orang jemaah . Dewan solatnya juga turut menyediakan t ingkat mezanin khas buat kaum wanita dan diapit dengan kemudahan seperti ruang wudhu', pejabat, perpustakaan, dewan syarahan, bilik jenazah dan ruang kemudahan umum.
Kini, ia dikenali sebagai Masjid Tuanku Mizan dan diletakkan di bawah tadbir urus Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) yang merangka dan melaksanakan agenda memartabatkan agama sebagai pemangkin kepada perubahan dan kefahaman Islam yang lebih dinamik.

Collection
Citation
“Masjid AI-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin,” Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/canselor_uitm/items/show/9.