Majlis pembukaan ITM Cawangan Segamat di Bukit Siput pada tahun 1983. Pembukaan ITM Segamat ini telah melakar sejarah di negeri Johor Darul Ta'zim apabila Daerah Segamat telah dipilih sebagai daerah yang menjayakan pembangunan pendidikan selepas Johor Bahru. Majlis pembukaan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Abdul Ajib bin Ahmad yang merupakan Menteri Besar Johor pada ketika itu.
Imej merakamkan papan tanda Institut Teknologi MARA (ITM) yang dipasang pada tahun 1983 di bahagian hadapan bangunan sementara ITM Bukit Siput, Segamat Johor. Papan tanda tersebut menggunakan 2 jenis tulisan iaitu rumi dan jawi yang membawa perkataan "Institut Teknologi Mara Cawangan Johor Segamat". Selepas wujudnya bangunan ini, satu keputusan mesyuarat dan perbincangan rasmi dengan Pegawai Kerajaan Johor di pejabat Daerah Segamat telah dibuat bagi membincangkan mengenai tapak kampus ITM Cawangan Segamat. Di dalam pertemuan tersebut ITM telah menghantar wakil seramai 11 orang dan 6 orang wakil daripada kerajaan Negeri Johor juga telah turut serta.
Imej ini dirakam ketika Hari Terbuka Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Johor Kampus Segamat. Pada hari tersebut pihak ITM Cawangan Johor Kampus Segamat menerima kunjungan hormat daripada Y.A.B Dato' Abdul Ajid Ahmad Menteri Besar Johor kerana pada dasarnya beliau telah memberi persetujuan bagi meluluskan penubuhan ITM Cawangan Johor Kampus Segamat dalam Rancangan Malaysia ke-3 (RMK 3) dijalankan dalam tahun 1976 hingga 1980 semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Pintu masuk UiTM Kampus Alor Gajah atau lebih dikenali dengan nama UiTMLendu atau UiTMLondon.
Pada 2 Mei 1996, Kampus UiTM Melaka yang dahulunya dikenali sebagai ITM Melaka telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Mahathir Mohamad. Menjelang Mac 2020, jumlah pelajar di Kampus Alor Gajah telah melebihi 6,500 orang, dengan 255 kakitangan sokongan dan 319 pensyarah.
Majlis Konvokesyen Institut Teknologi Mara (ITM) yang berlangsung pada Oktober, 1988 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjadi yang pertama dan terakhir untuk para graduan ITM pada tahun itu. Tempat berprestij ini dipilih untuk meraikan pencapaian graduan ITM dan menandakan satu titik penting dalam sejarah institusi ini sebelum beralih kepada era baru sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Majlis ini menjadi kenangan abadi kepada semua yang terlibat, termasuk graduan, tenaga pengajar, dan pihak pengurusan, yang bersama-sama menyaksikan satu permulaan dan pengakhiran tradisi ITM dalam satu venue bersejarah.
Pada 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mengumumkan perubahan nama Institut Teknologi MARA (ITM) kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) semasa Perhimpunan Siswazah di Stadium Malawati, Shah Alam. Langkah ini bukan hanya menaikkan taraf ITM kepada sebuah universiti penuh, tetapi juga memperkukuhkan peranannya dalam meningkatkan peluang pendidikan tinggi untuk bumiputera, dengan perubahan struktur pentadbiran termasuk perlantikan Yang di-Pertuan Agong sebagai Canselor.
Pada tahun 1985, ITM Melaka memulakan penawaran program Diploma Perakaunan yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran, termasuk makmal komputer yang merupakan antara yang pertama di kampus itu. Makmal komputer ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, membantu pelajar menguasai kemahiran teknologi yang penting dalam bidang perakaunan. Makmal tersebut ditempatkan di bangunan utama seperti KPP 1 dan KPP 2, yang juga menempatkan bilik pensyarah dan bilik kuliah, menunjukkan komitmen ITM Melaka terhadap penyediaan infrastruktur pendidikan yang berkualiti.
Pengarah Pertama Institut Teknologi MARA (ITM), Arshad Ayud (Tan Sri) memberi taklimat kepada para pensyarah, di Dewan Kuliah Bangunan Menara, ITM Shah Alam, 1970-an
Kampus pertama terletak di Bukit Siput dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor pada ketika itu. Imej menunjukkan sejarah awal pembukaan ITM Cawangan Johor Kampus Segamat di kampus sementara melibatkan deretan rumah kedai yang merupakan lokasi bangunan Institut Teknologi MARA pada tahun 1983 hingga 1985. Pada ketika ini bangunan rumah kedai ini mempunyai dua tingkat dimana kelas dan setiap unit pentadbiran berada di satu bangunan.