Pada tahun 1985, ITM Melaka memulakan penawaran program Diploma Perakaunan yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran, termasuk makmal komputer yang merupakan antara yang pertama di kampus itu. Makmal komputer ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, membantu pelajar menguasai kemahiran teknologi yang penting dalam bidang perakaunan. Makmal tersebut ditempatkan di bangunan utama seperti KPP 1 dan KPP 2, yang juga menempatkan bilik pensyarah dan bilik kuliah, menunjukkan komitmen ITM Melaka terhadap penyediaan infrastruktur pendidikan yang berkualiti.
Dewan Latehan RIDA juga berfungsi sebagai platform untuk menghubungkan usahawan dengan pihak berkuasa, institusi kewangan, dan agensi kerajaan. Dengan cara ini, mereka dapat memperoleh bantuan dalam bentuk pembiayaan, nasihat, dan sokongan teknikal yang diperlukan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. RIDA berusaha untuk mencipta ekosistem yang menyokong usahawan tempatan dan membolehkan mereka bersaing dalam pasaran yang lebih luas.
Dalam konteks sosial, inisiatif ini juga memberi kesan positif kepada masyarakat luar bandar dengan membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan isi rumah. Dengan adanya lebih banyak perniagaan yang beroperasi di kawasan luar bandar, ia membantu mengurangkan migrasi penduduk ke bandar-bandar besar, yang sering kali menyebabkan kesesakan dan pelbagai masalah sosial.
Pada 21 Ogos 1994, telah diadakan sambutan Hari Keluarga ITM bagi tahun 1994. Program tahunan yang dijalankan ini melibatkan semua staf ITM pada ketika itu. Pelbagai aktiviti dijalankan bukan sahaja disertai oleh staf ITM malahan keluarga serta anak anak staf juga turut sama memeriahkan program ini. Sambutan hari keluarga ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain untuk warga ITM. Serta adanya acara sukan, aktiviti ini akan menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan minda daripada tekanan kerja atau masalah yang dihadapi.
Imej ini dirakam ketika Hari Terbuka Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Johor Kampus Segamat. Pada hari tersebut pihak ITM Cawangan Johor Kampus Segamat menerima kunjungan hormat daripada Y.A.B Dato' Abdul Ajid Ahmad Menteri Besar Johor kerana pada dasarnya beliau telah memberi persetujuan bagi meluluskan penubuhan ITM Cawangan Johor Kampus Segamat dalam Rancangan Malaysia ke-3 (RMK 3) dijalankan dalam tahun 1976 hingga 1980 semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Siapa sangka idea dibentang pada 1951 mampu bertahan dan berkembang menjadi universiti?
Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak Hussein pada masa itu mengimpikan bangsa Melayu luar bandar mampu dan berkeinginan untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.
Sebelum merdeka, Tanah Melayu dijajah oleh British yang membawa imigran untuk kepentingan ekonomi mereka. Orang Melayu pula dinafikan dari perniagaan, perdagangan, keusahawanan dan pendidikan.
Kebajikan imigran ketika itu mengancam kedudukan orang Melayu sebagai pribumi. Dasar pecah dan perintah British meletakkan Melayu di kampung, Cina di kawasan lombong dan pinggir bandar, dan India di ladang.
Bukan sahaja ditolak dari ekonomi moden, hak pemilikan tanah juga menjadi permasalahan bagi orang Melayu.
Konflik Melayu-Cina pada masa itu meruncing akibat dominasi Cina dalam ekonomi. Tambahan pula perbezaan budaya serta aktiviti tidak bermoral yang dibawa orang Cina menyebabkan kemarahan orang Melayu untuk mempertahankan warisan Melayu dan akidah orang Islam.
Disebabkan mereka dinafikan, pendidikan, sikap orang Melayu yang boros kerana cetek ilmu pengurusan kewangan menyebabkan berhutang dengan Cina dan India.
14 Oktober merupakan hari yang bersejarah bagi warga UiTM kampus Arau terutamanya kakitangan akademik apabila bangunan Hal Ehwal Akademik yang baru telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis pada ketika itu. Turut serta di majlis tersebut ialah Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTMProf. Datuk Ir. Dr. Hj. Ahmad Zaidee Laidin, Naib Canselor UiTM, Prot. Madya Dr. Bukhory Hj. Ismail, Provos UiTM Kampus Arau, Timbalan Provos, Ketua Jabatan, Kakitangan dan pelajar UiTM Kampus Arau.
Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang berlangsung dari 5 hingga 7 Jun 1965 telah memberi peluang perbincangan dan penyuaraan pendapat tentang masalah sosio-ekonomi orang-orang Melayu. Kongres ini mencadangkan bahawa nama RIDA diganti dengan nama baru iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memperkuatkan lagi peranan dalam pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat Bumiputera di Malaysia.