Pintu masuk UiTM Kampus Alor Gajah atau lebih dikenali dengan nama UiTMLendu atau UiTMLondon.
Pada 2 Mei 1996, Kampus UiTM Melaka yang dahulunya dikenali sebagai ITM Melaka telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Mahathir Mohamad. Menjelang Mac 2020, jumlah pelajar di Kampus Alor Gajah telah melebihi 6,500 orang, dengan 255 kakitangan sokongan dan 319 pensyarah.