Fakulti ini ditubuhkan pada Julai 1967 dengan pendaftaran awal 60 pelajar di bawah apa yang dikenali sebagai Sekolah Seni Gunaan, yang kemudiannya ditukar kepada Sekolah Seni dan Seni Bina.
Pada tahun 1985, ITM Melaka memulakan penawaran program Diploma Perakaunan yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran, termasuk makmal komputer yang merupakan antara yang pertama di kampus itu. Makmal komputer ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, membantu pelajar menguasai kemahiran teknologi yang penting dalam bidang perakaunan. Makmal tersebut ditempatkan di bangunan utama seperti KPP 1 dan KPP 2, yang juga menempatkan bilik pensyarah dan bilik kuliah, menunjukkan komitmen ITM Melaka terhadap penyediaan infrastruktur pendidikan yang berkualiti.
Dewan Latehan RIDA (1956 - 1965)
Penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951. Satu kertas kerja lawatan tersebut yang mengandungi tentang penubuhan RIDA dan objektifnya untuk membangunkan serta meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar telah diketemukan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur) dan Dewan Latehan RIDA (Petaling Jaya).
Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956 dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri pada 14 oktober 1957. Beberapa kursus profesional yang ditawarkan oleh badan antarabangsa seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship of Management telah ditawarkan di Dewan Latehan RIDA. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA telah melangsungkan majlis konvokesyennya yang pertama dan telah menyaksikan seramai 50 orang graduan dianugerahkan sijil oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Dewan Latehan RIDA juga berfungsi sebagai platform untuk menghubungkan usahawan dengan pihak berkuasa, institusi kewangan, dan agensi kerajaan. Dengan cara ini, mereka dapat memperoleh bantuan dalam bentuk pembiayaan, nasihat, dan sokongan teknikal yang diperlukan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. RIDA berusaha untuk mencipta ekosistem yang menyokong usahawan tempatan dan membolehkan mereka bersaing dalam pasaran yang lebih luas.
Dalam konteks sosial, inisiatif ini juga memberi kesan positif kepada masyarakat luar bandar dengan membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan isi rumah. Dengan adanya lebih banyak perniagaan yang beroperasi di kawasan luar bandar, ia membantu mengurangkan migrasi penduduk ke bandar-bandar besar, yang sering kali menyebabkan kesesakan dan pelbagai masalah sosial.
Gerbang ini ditubuhkan pada awal tahun 1970-an dan gerbang ini juga telah menjadi pintu laluan masuk dan keluar utama di ITM cawangan Terengganu. Selain daripada itu, terdapat logo ITM serta bendera Malaysia dan bendera Terengganu di pintu gerbang. Tambahan pula, pintu gerbang ini juga melambangkan identiti ITM itu sendiri.
Pada 21 Ogos 1994, telah diadakan sambutan Hari Keluarga ITM bagi tahun 1994. Program tahunan yang dijalankan ini melibatkan semua staf ITM pada ketika itu. Pelbagai aktiviti dijalankan bukan sahaja disertai oleh staf ITM malahan keluarga serta anak anak staf juga turut sama memeriahkan program ini. Sambutan hari keluarga ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain untuk warga ITM. Serta adanya acara sukan, aktiviti ini akan menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan minda daripada tekanan kerja atau masalah yang dihadapi.