Pada Majlis Penamaan Perpustakaan ITM Cawangan Perlis ini telah berlangsung pada tahun 1985. Pengerusi Majlis ITM ketika itu iaitu Dato' Jaafar bin Othman telah mengisytiharkan serta menamakan bangunan perpustakaan ini sebagai Perpustaakan Dato' Jaafar Hassan. Sebagai tanda bagi mengenang jasa dan bakti Y.A.B Dato' Jaafar bin Hassan, bekas Menteri Besar Perlis kerana menjadi tunggak dan penggerak utama kepada penubuhan ITM Cawangan Perlis ini.
UiTM Cawangan Terengganu merupakan antara salah satu cawangan UiTM yang mempunyai sebuah unit khas untuk mengurus rekod dan arkib serta memelihara dan memulihara artifak bersejarah universiti. Unit Rekod dan Arkib ini mula ditubuhkan pada tahun 1975 di UiTM Cawangan Terengganu. Di awal penubuhan, Unit Rekod dan Arkib ini pada mulanya dipertanggungjawabkan di bawah bidang kuasa pengurusan Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Terengganu. Pada awal tahun 2015, Pejabat Pendaftar telah membuat penstrukturan semula jabatan di mana fungsi Bahagian Arkib diletakkan di bawah tanggungjawab pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).
Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Melaka ditubuhkan pada tarikh 12 Ogos 1984 yang mempunyai 5 orang pensyarah dan kira-kira seramai 158 orang pelajar. Bangunan utama iaitu bangunan Pentadbiran yang mempunyai 2 tingkat. Selain itu, perpustakaan dan kelas berkongsi satu bangunan yang sama. Perpustakaan pada ketika itu mempunyai penghawa dingin dan berada di tingkat 1. Manakala, kelas pelajar berada di tingkat bawah dan tingkat 2. Selain itu, di tingkat bawah juga mempunyai dewan serbaguna yang boleh digunakan bagi majlis-majlis penting dan istimewa.
Gerbang ini ditubuhkan pada awal tahun 1970-an dan gerbang ini juga telah menjadi pintu laluan masuk dan keluar utama di ITM cawangan Terengganu. Selain daripada itu, terdapat logo ITM serta bendera Malaysia dan bendera Terengganu di pintu gerbang. Tambahan pula, pintu gerbang ini juga melambangkan identiti ITM itu sendiri.
Pada 14 Oktober 1967, Tun Abdul Razak bin Hussein iaitu Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah meletak batu asas bagi pembinaan Kampus Institut Teknologi Mara (ITM). Pembinaan ini bagi menyelesaikan masalah negara ketika itu iaitu kekurangan kaki tangan pekerja terlatih di tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Sehubungan dengan itu, kerajaan meluluskan seluas 300 ekar tanah di Shah Alam, Selangor. Sejarah ITM ini bermula pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latihan RIDA. Pada Jun 1956, Dewan Latihan RIDA ditukarkan nama kepada Maktab MARA (Majlis Amanah Rakyat dan kemudiannya ditukarkan nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM) pada tarikh 14 Oktober 1967.
ITM Jalan Othman merujuk kepada salah satu kampus Institut Teknologi MARA (ITM) yang terletak di Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Kampus ini adalah salah satu dari beberapa kampus utama ITM pada masa itu (sekarang dikenali sebagai UiTM).
Pada tahun 1970-an, ITM telah mempunyai beberapa kampus utama dan kampus cabang di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia. ITM Jalan Othman menjadi pusat pembelajaran yang penting bagi pelbagai program pengajian, termasuk program-program diploma seperti Diploma Pentadbiran Awam yang disebut sebelum ini.
Kampus-kampus ITM pada waktu itu dikenali kerana menawarkan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar dari pelbagai latar belakang, termasuk dalam bidang-bidang teknikal, perdagangan, seni, dan pentadbiran awam. ITM Jalan Othman dan kampus-kampus lainnya telah memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan Malaysia pada masa itu dan masih terus berperanan dalam pendidikan tinggi negara ini di bawah nama UiTM hari ini.