Duduk dari kiri:
Encik Halim, (Tiada Nama) Ketua Pengawal Keselamatan, Ustaz Wan Sanusi, Encik Ahmad Tamby Kadir, (Tiada Nama), Puan Hajah Paiza Idris, Puan Rashidah, Encik Mokhtar.
Berdiri dari kiri:
Encik Seth, Ustaz Hasan, Encik Zainal Raji, Ustaz Ahmad, Ustaz Kamal, Encik Rosli, Encik Musa, Encik Nasaruddin, Encik Shaharuddin, Encik FG Thomas, Encik Hamdan, Encik Hanafi, Encik Ishak, Puan Wan Hartini, Ustazah Norazizah, Puan Azizah Dollah, Puan Grace, Encik Halim.
Siapa sangka idea dibentang pada 1951 mampu bertahan dan berkembang menjadi universiti?
Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak Hussein pada masa itu mengimpikan bangsa Melayu luar bandar mampu dan berkeinginan untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.
Sebelum merdeka, Tanah Melayu dijajah oleh British yang membawa imigran untuk kepentingan ekonomi mereka. Orang Melayu pula dinafikan dari perniagaan, perdagangan, keusahawanan dan pendidikan.
Kebajikan imigran ketika itu mengancam kedudukan orang Melayu sebagai pribumi. Dasar pecah dan perintah British meletakkan Melayu di kampung, Cina di kawasan lombong dan pinggir bandar, dan India di ladang.
Bukan sahaja ditolak dari ekonomi moden, hak pemilikan tanah juga menjadi permasalahan bagi orang Melayu.
Konflik Melayu-Cina pada masa itu meruncing akibat dominasi Cina dalam ekonomi. Tambahan pula perbezaan budaya serta aktiviti tidak bermoral yang dibawa orang Cina menyebabkan kemarahan orang Melayu untuk mempertahankan warisan Melayu dan akidah orang Islam.
Disebabkan mereka dinafikan, pendidikan, sikap orang Melayu yang boros kerana cetek ilmu pengurusan kewangan menyebabkan berhutang dengan Cina dan India.
Imej ini dirakam ketika Hari Terbuka Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Johor Kampus Segamat. Pada hari tersebut pihak ITM Cawangan Johor Kampus Segamat menerima kunjungan hormat daripada Y.A.B Dato' Abdul Ajid Ahmad Menteri Besar Johor kerana pada dasarnya beliau telah memberi persetujuan bagi meluluskan penubuhan ITM Cawangan Johor Kampus Segamat dalam Rancangan Malaysia ke-3 (RMK 3) dijalankan dalam tahun 1976 hingga 1980 semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Pada 21 Ogos 1994, telah diadakan sambutan Hari Keluarga ITM bagi tahun 1994. Program tahunan yang dijalankan ini melibatkan semua staf ITM pada ketika itu. Pelbagai aktiviti dijalankan bukan sahaja disertai oleh staf ITM malahan keluarga serta anak anak staf juga turut sama memeriahkan program ini. Sambutan hari keluarga ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain untuk warga ITM. Serta adanya acara sukan, aktiviti ini akan menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan minda daripada tekanan kerja atau masalah yang dihadapi.
Gerbang ini ditubuhkan pada awal tahun 1970-an dan gerbang ini juga telah menjadi pintu laluan masuk dan keluar utama di ITM cawangan Terengganu. Selain daripada itu, terdapat logo ITM serta bendera Malaysia dan bendera Terengganu di pintu gerbang. Tambahan pula, pintu gerbang ini juga melambangkan identiti ITM itu sendiri.
Dewan Latehan RIDA juga berfungsi sebagai platform untuk menghubungkan usahawan dengan pihak berkuasa, institusi kewangan, dan agensi kerajaan. Dengan cara ini, mereka dapat memperoleh bantuan dalam bentuk pembiayaan, nasihat, dan sokongan teknikal yang diperlukan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. RIDA berusaha untuk mencipta ekosistem yang menyokong usahawan tempatan dan membolehkan mereka bersaing dalam pasaran yang lebih luas.
Dalam konteks sosial, inisiatif ini juga memberi kesan positif kepada masyarakat luar bandar dengan membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan isi rumah. Dengan adanya lebih banyak perniagaan yang beroperasi di kawasan luar bandar, ia membantu mengurangkan migrasi penduduk ke bandar-bandar besar, yang sering kali menyebabkan kesesakan dan pelbagai masalah sosial.
Dewan Latehan RIDA (1956 - 1965)
Penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951. Satu kertas kerja lawatan tersebut yang mengandungi tentang penubuhan RIDA dan objektifnya untuk membangunkan serta meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar telah diketemukan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur) dan Dewan Latehan RIDA (Petaling Jaya).
Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956 dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri pada 14 oktober 1957. Beberapa kursus profesional yang ditawarkan oleh badan antarabangsa seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship of Management telah ditawarkan di Dewan Latehan RIDA. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA telah melangsungkan majlis konvokesyennya yang pertama dan telah menyaksikan seramai 50 orang graduan dianugerahkan sijil oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.