Browse Items (20 total)
Sort by:
-
Bangunan Sekolah Seni Gunaan ITM
Fakulti ini ditubuhkan pada Julai 1967 dengan pendaftaran awal 60 pelajar di bawah apa yang dikenali sebagai Sekolah Seni Gunaan, yang kemudiannya ditukar kepada Sekolah Seni dan Seni Bina. -
Cawangan UiTM Yang Pertama
Yayasan Sabah-Institut Teknologi MARA (YS-ITM) di Jalan Mat Salleh, Sembulan, Kota Kinabalu tahun 1973. -
Dewan Latehan RIDA (1956 - 1965)
Dewan Latehan RIDA (1956 - 1965)
Penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951. Satu kertas kerja lawatan tersebut yang mengandungi tentang penubuhan RIDA dan objektifnya untuk membangunkan serta meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar telah diketemukan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur) dan Dewan Latehan RIDA (Petaling Jaya).
Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956 dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri pada 14 oktober 1957. Beberapa kursus profesional yang ditawarkan oleh badan antarabangsa seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship of Management telah ditawarkan di Dewan Latehan RIDA. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA telah melangsungkan majlis konvokesyennya yang pertama dan telah menyaksikan seramai 50 orang graduan dianugerahkan sijil oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. -
Gerbang Utama Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Terengganu
Gerbang ini ditubuhkan pada awal tahun 1970-an dan gerbang ini juga telah menjadi pintu laluan masuk dan keluar utama di ITM cawangan Terengganu. Selain daripada itu, terdapat logo ITM serta bendera Malaysia dan bendera Terengganu di pintu gerbang. Tambahan pula, pintu gerbang ini juga melambangkan identiti ITM itu sendiri. -
Gerbang Utama ITM
Sekitar Tahun 1970-an : Gerbang Utama Kampus Induk Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam. -
Kampus Institut Teknologi MARA (ITM)
ITM Jalan Othman merujuk kepada salah satu kampus Institut Teknologi MARA (ITM) yang terletak di Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Kampus ini adalah salah satu dari beberapa kampus utama ITM pada masa itu (sekarang dikenali sebagai UiTM).
Pada tahun 1970-an, ITM telah mempunyai beberapa kampus utama dan kampus cabang di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia. ITM Jalan Othman menjadi pusat pembelajaran yang penting bagi pelbagai program pengajian, termasuk program-program diploma seperti Diploma Pentadbiran Awam yang disebut sebelum ini.
Kampus-kampus ITM pada waktu itu dikenali kerana menawarkan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar dari pelbagai latar belakang, termasuk dalam bidang-bidang teknikal, perdagangan, seni, dan pentadbiran awam. ITM Jalan Othman dan kampus-kampus lainnya telah memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan Malaysia pada masa itu dan masih terus berperanan dalam pendidikan tinggi negara ini di bawah nama UiTM hari ini. -
Kampus pertama Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Johor
Kampus pertama terletak di Bukit Siput dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor pada ketika itu. Imej menunjukkan sejarah awal pembukaan ITM Cawangan Johor Kampus Segamat di kampus sementara melibatkan deretan rumah kedai yang merupakan lokasi bangunan Institut Teknologi MARA pada tahun 1983 hingga 1985. Pada ketika ini bangunan rumah kedai ini mempunyai dua tingkat dimana kelas dan setiap unit pentadbiran berada di satu bangunan.
-
Kawasan sebidang tanah seluas 300 ekar di Shah Alam untuk dijadikan tapak bagi Institut Teknologi Mara (ITM)
14 Oktober 1967 – Pada tahun 1967, Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein telah meletakkan batu asas pembinaan kampus Institut Teknologi Mara (ITM). Pembinaan kampus ini diperlukan kerana negara mengalami kekurangan pekerja terlatih di tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan meluluskan sebidang tanah seluas 300 ekar di Shah Alam untuk dijadikan tapak bagi Maktab Mara. Sejarah ITM bermula pada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA, sebuah pusat percubaan yang menyediakan kursus persediaan bagi belia luar bandar. Dewan Latihan RIDA ini diilhamkan oleh Datuk Onn bin Jaafar, ekoran lawatan beliau ke Ceylon pada tahun 1950 untuk mengkaji program pembangunan luar bandar di negara tersebut. Hasil dari lawatan itu, kertas kerja dibentangkan kepada Majlis Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau RIDA (The Rural and Industrial Development Authority). -
Majlis Peletakan Batu Asas Kampus Baru Sura Hujung
YB Haji Wan Mokhtar bin Ahmad (Menteri Besar Terengganu) berucap di Majlis Peletakan Batu Asas Kampus Baru Sura Hujung, ITM cawangan Terengganu. -
Majlis Perasmian & Penamaan Masjid UiTM Perlis
Pada tanggal 30 Oktober 2004. bersamaan 16 Ramadan 1425H, UiTM Cawangan Perlis telah sekali lagi melakar satu peristiwa besar bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 UITM Cawangan Perlis. Peristiwa yang dimaksudkan lalah Majlis Perasmian dan Penamaan Masjid UiTM Perlis yang disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perlis. Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat di majlis bersejarah tersebut ialah DYTM Raja Puan Muda Perlis. YMM Raja Perempuan Besar Perlis, dan YAM Tengku Puteri Utama Perlis. Turut hadir lalah Y A Bhg Datin Seri Dato' Shamsiah M. Yassin, YB Speaker DUN Perlis mewakili YAll Menteri Besar Perlis, Ketua-Ketua Jabatan. Pengarah Kampus UITM Perlis, kakitangan serta keluarga dan wakil-wakil pelajar.
Majlis telah dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada kakitangan UiTM Perlis dan anak-anak yatim di sekitar negeri Perlis. Seramai 97 anak yatim dari Rumah Seri Kenangan, Kangar, Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah dan sekitar Qariah Arau telah dihadiahkan duit raya dan sepasang pakaian raya sumbangan DYMM Pemangku Raja Perlis dan PEWANI UITM Perlis. Selain itu. seramai 171 orang kakitangan kumpulan D UITM Perlis turut diraikan dan dihadiahkan pakaian raya. Majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa diikuti dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri, Y Bhg Dato' Alim Panglima Tuan Hj Mat Jahaya Hj Hussien. Selesai solat, majlis jamuan makan telah diserikan dengan persembahan nasyid oleh para pelajar UiTM yang terdiri dari 3 kumpulan