Pada 15 Februari 1996 bersamaan 15 Ramadhan 1416 Hijrah, telah diadakan Program Sambutan Ramadhan yang melibatkan staf dan pelajar ITM cawangan Perlis. Antara aktiviti yang dijalankan adalah berbuka puasa beramai-ramai, solat tarawih dan tadarus Al-Quran.
Program yang berlangsung di Pusat Islam ini memberikan impak positif seperti merapatkan hubungan silaturrahim antara staf dan pelajar ITM kerana bersama-sama memeriahkan sambutan ini. Malah sambutan seperti amat digalakkan kerana sambutan ini membuatkan kita menghormati serta mencintai bulan Ramadhan yang suci. Dengan menjalankan aktiviti seperti berbuka beramai-ramai, solat tarawih dan tadarus Al-Quran akan memberikan banyak kebaikan kepada semua.
Pada 21 Ogos 1994, telah diadakan sambutan Hari Keluarga ITM bagi tahun 1994. Program tahunan yang dijalankan ini melibatkan semua staf ITM pada ketika itu. Pelbagai aktiviti dijalankan bukan sahaja disertai oleh staf ITM malahan keluarga serta anak anak staf juga turut sama memeriahkan program ini. Sambutan hari keluarga ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain untuk warga ITM. Serta adanya acara sukan, aktiviti ini akan menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan minda daripada tekanan kerja atau masalah yang dihadapi.
Pada Majlis Penamaan Perpustakaan ITM Cawangan Perlis ini telah berlangsung pada tahun 1985. Pengerusi Majlis ITM ketika itu iaitu Dato' Jaafar bin Othman telah mengisytiharkan serta menamakan bangunan perpustakaan ini sebagai Perpustaakan Dato' Jaafar Hassan. Sebagai tanda bagi mengenang jasa dan bakti Y.A.B Dato' Jaafar bin Hassan, bekas Menteri Besar Perlis kerana menjadi tunggak dan penggerak utama kepada penubuhan ITM Cawangan Perlis ini.