Browse Items (64 total)
Sort by:
-
Persekitaran Pembinaan Laluan Masuk ITM Cawangan Johor Kampus Segamat
Imej menunjukkan persekitaran pembinaan laluan masuk separuh siap ke Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Johor Kampus Segamat pada pembinaan peringkat awal yang menghubungkan laluan masuk ITM Kampus Segamat dan lebuhraya KM 12, Jalan Muar. Pembinaan ini melibatkan jalan dua lorong dua hala dan merentasi kawasan hutan tebal.
Pada peringkat awal pembinaan, ia melibatkan tapak asas terdiri daripada cerucuk keping, cerucuk besi, kayu dan konkrit bagi menampung beban struktur jalan. Boleh dilihat pada sudut kanan gambar, terdapat deretan pembatas jalan plastik yang diletakkan sepanjang pembinaan dan juga terdapat sebuah pondok tinggal sementara bagi pekerja buruh yang terlibat pada ketika itu. Dari sudut kiri gambar juga, dapat dilihat ruang kecil yang menempatkan alatan dan bahan mentah untuk kegunaan pembinaan. -
Sumbangan Sebidang Tanah Bagi Tujuan Pembinaan Kampus Tetap ITM Cawangan Johor
Kerajaan Negeri Johor telah menyumbang sebidang tanah bagi tujuan pembangunan pendidikan di Daerah Segamat melalui pembinaan sebuah kampus tetap ITM di daerah tersebut. Peristiwa pembinaan kampus tetap ITM Segamat ini bermula akhir tahun 1980 di atas tanah seluas 200 hektar. Pada imej tersebut terdapat sekumpulan pekerja buruh mahir yang berkelayakkan dan berpengalaman dalam menjalankan projek pembinaan yang dirancang. Proses pembinaan ini diselia oleh Pengarah Unit Perlaksanaan Projek Turnkey, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia. projek Turnkey telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan di dalam perlaksanaan projek pembangunan pada awal tahun 80-an. Para pekerja buruh kelihatan sedang menyiapkan struktur asas bangunan ITM Segamat yang melibatkan struktur asas tapak bangunan yang dipasang dan disambung lagi bagi menghasilkan kerangka menampung beban bangunan - bangunan ITM Kampus Segamat. berdasarkan gambar ini para pekerja sedang melakukan lambakan lapisan pasir yang ditaburkan di atas lapisan asas supaya mendapatkan permukaan yang rata dan mampat untuk kerja pembinaaan konkrit. -
Papan Tanda Projek Pembinaan ITM Cawangan Johor
Imej papan tanda keterangan projek oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Papan keterangan ini dipacak di tapak kampus tetap sebagai keterangan kepada projek mereka bentuk, membina, menyiapkan dan melancarkan kampus tetap ITM Segamat yang terletak di KM12 Jalan Muar, Segamat, Johor. Projek membina ITM Cawangan Johor ini diuruskan oleh Pengarah Unit Pelaksanaan Projek Turnkey, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia manakala kontraktok yang dilantik adalah Kuari Indera Development and Construction SDN. BHD. -
Pintu Masuk Asrama Temenggong Abdul Rahman
Imej pintu masuk ke Asrama Temenggong Abdul Rahman yang terletak di Bukit Siput, Segamat, Johor pada tahun 1983. Asrama ini dimiliki oleh UiTM Segamat ataupun dikenali sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada waktu itu. -
Papan Tanda Institut Teknologi MARA (ITM) dipasang sementara pada bahagian hadapan ITM Bukit Siput
Imej merakamkan papan tanda Institut Teknologi MARA (ITM) yang dipasang pada tahun 1983 di bahagian hadapan bangunan sementara ITM Bukit Siput, Segamat Johor. Papan tanda tersebut menggunakan 2 jenis tulisan iaitu rumi dan jawi yang membawa perkataan "Institut Teknologi Mara Cawangan Johor Segamat". Selepas wujudnya bangunan ini, satu keputusan mesyuarat dan perbincangan rasmi dengan Pegawai Kerajaan Johor di pejabat Daerah Segamat telah dibuat bagi membincangkan mengenai tapak kampus ITM Cawangan Segamat. Di dalam pertemuan tersebut ITM telah menghantar wakil seramai 11 orang dan 6 orang wakil daripada kerajaan Negeri Johor juga telah turut serta. -
Hari Terbuka Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Johor Kampus Segamat
Imej ini dirakam ketika Hari Terbuka Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Johor Kampus Segamat. Pada hari tersebut pihak ITM Cawangan Johor Kampus Segamat menerima kunjungan hormat daripada Y.A.B Dato' Abdul Ajid Ahmad Menteri Besar Johor kerana pada dasarnya beliau telah memberi persetujuan bagi meluluskan penubuhan ITM Cawangan Johor Kampus Segamat dalam Rancangan Malaysia ke-3 (RMK 3) dijalankan dalam tahun 1976 hingga 1980 semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB). -
Kampus pertama Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Johor
Kampus pertama terletak di Bukit Siput dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor pada ketika itu. Imej menunjukkan sejarah awal pembukaan ITM Cawangan Johor Kampus Segamat di kampus sementara melibatkan deretan rumah kedai yang merupakan lokasi bangunan Institut Teknologi MARA pada tahun 1983 hingga 1985. Pada ketika ini bangunan rumah kedai ini mempunyai dua tingkat dimana kelas dan setiap unit pentadbiran berada di satu bangunan.
-
Persatuan Alumni Perladangan UiTM
Program pengajian Pengurusan Industri Tanaman di ITM (kini UiTM) bermula dengan kemasukan pelajar kumpulan pertamanya pada tahun 1967-1968. Graduan Diploma Pengurusan Industri Tanaman (DPIM) merupakan kumpulan pertama berjaya dilahirkan pada tahun 1970.
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan ITM yang ketika itu berada di bawah pimpinan En Arshad Ayub (kini Yang Amat Mulia Tan Sri Dato' Seri Utama Arshad Ayub) kerana berjaya mewujudkan dan menawarkan program pengajian baharu iaitu pengurusan industri bercucuk tanam.
Selepas lebih 40 tahun, UiTM telah merombak dan menyusun semula program pengajian yang ditawarkan selain menawarkan program baharu ke peringkat ijazah dan pasca ijazah.
Sebelum ini, kursus Diploma Pengurusan Industri Tanaman (DPIM) dikendalikan oleh Pusat Pengajian Sains Gunaan. Kini semua program perladangan dan agroteknologi sama ada di peringkat diploma, ijazah atau lepasan ijazah diuruskan oleh Fakulti Perladangan dan Agroteknologi bagi melahirkan tenaga profesional terlatih dalam semua bidang pertanian dan berkaitan.
Sehingga kini, UiTM telah berjaya melahirkan lebih 7,000 graduan DPIM serta berkelulusan sarjana muda dan sarjana yang merupakan sumber sub-profesional dan profesional yang pernah dan sedang berkhidmat dalam industri perladangan dan pertanian di sektor awam juga. sebagai sektor swasta dalam negara dan juga di luar negara.
Sumber manusia yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga khususnya yang telah bersara tidak seharusnya dibiarkan membawa haluan sendiri tanpa dimanfaatkan sepenuhnya dan dijadikan aset yang berharga untuk kesinambungan pembangunan UiTM khususnya Fakulti Perladangan & Agroteknologi dan negara secara amnya.
Dalam memenuhi hasrat menghimpunkan seramai mungkin graduan UiTM perladangan bagi menyatukan tenaga, pemikiran, pengalaman, kepakaran, rangkaian dan sumber ekonomi dalam organisasi yang unggul, PERSATUAN ALUMNI PERLADANGAN UITM MALAYSIA atau ringkasnya PAPU telah didaftarkan secara rasmi pada 28 Julai 2011. . -
Sejarah Perpustakaan UiTM Melaka & Pusat Sumber UiTM KBM
Perpustakaan UiTM Melaka telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1984, yang peringkat awalnya terletak di kampus utama di Jalan Hang Tuah, Melaka. Perpustakaan ini telah berpindah ke bangunan tetap yang terletak di Alor Gajah pada bulan Oktober 1999. Seramai 1600 orang pembaca boleh ditempatkan dalam perpustakaan dan selainnya seramai 390 orang di ruang diskusi. Sebagai sebuah gedung ilmu Perpustakaan UiTM Melaka telah menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan warga UiTM.
Pusat sumber KBM merupakan sebuah pusat maklumat yang menyediakan pelbagai sumber rujukan serta perkhidmatan perpustakaan bercirikan separa maya yang telah dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur ICT , Ianya adalah bertujuan untuk menyokong proses penyelidikan , pendidikan dan pembelajaran pengguna - pengguna di UiTM Melaka khususnya warga Kampus Bandaraya Melaka . Pusat Sumber Kampus Bandaraya Melaka diketuai oleh seorang Timbalan Ketua Pustakawan yang berpusat di Perpustakaan UiTM Kampus Melaka ( Alor Gajah ) dan di bantu oleh 2 orang Pustakawan dan 7 orang Pembantu Perpustakaan Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya Melaka terletak di tingkat 1 dan tingkat 12 Bangunan Graha Jaya ,Jalan Hang Tuah, Melaka. Pusat Sumber Tingkat 12 mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2007. Manakala Pusat Sumber tingkat 1 mula beroperasi pada Ogos 2007. Pusat Sumber ini mampu menyediakan tempat duduk bagi 530 orang pengguna pada satu masa. -
Universiti Teknologi MARA Kelantan Kampus Machang
Universiti Teknologi MARA Kelantan Kampus Machang yang dahulunya dikenali dengan Institut Teknologi MARA, kampus cawangan yang ke 9 telah dirasmikan penubuhannya pada 01 Julai 1985 oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Mohamad bin Yaakob, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu.
Penubuhan UiTM adalah hasil daripada kerjasama erat di antara pihak UiTM dengan Kerajaan Pusat. Hasil daripada kerjasama ini, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan tanah seluas 12 ekar di Kem Kijang yang terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Kota Bharu yang dimiliki oleh Majlis Pengakap Negeri Kelantan.