Universiti Teknologi MARA Kelantan Kampus Machang yang dahulunya dikenali dengan Institut Teknologi MARA, kampus cawangan yang ke 9 telah dirasmikan penubuhannya pada 01 Julai 1985 oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Mohamad bin Yaakob, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu.
Penubuhan UiTM adalah hasil daripada kerjasama erat di antara pihak UiTM dengan Kerajaan Pusat. Hasil daripada kerjasama ini, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan tanah seluas 12 ekar di Kem Kijang yang terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Kota Bharu yang dimiliki oleh Majlis Pengakap Negeri Kelantan.
Kampus pertama terletak di Bukit Siput dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor pada ketika itu. Imej menunjukkan sejarah awal pembukaan ITM Cawangan Johor Kampus Segamat di kampus sementara melibatkan deretan rumah kedai yang merupakan lokasi bangunan Institut Teknologi MARA pada tahun 1983 hingga 1985. Pada ketika ini bangunan rumah kedai ini mempunyai dua tingkat dimana kelas dan setiap unit pentadbiran berada di satu bangunan.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al- Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullai yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ketika itu dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah Al-Marhum Tengku Abdul Rashid telah berangkat ke Majlis Perasmian Dataran Tuanku Canselor UiTM Perlis bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-30 UiTM Perlis. Keberangkatan baginda telah disambut oleh Menteri Besar Perlis, YAB Dato' Seri Shahidan Kassim, Naib Canselor UiTM, Y Bhg Dato' Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dan Pengarah Kampus UiTM Perlis, Prof Madya Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman.
Turut berangkat ke majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis. Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah. beberapa orang kenamaan (VIP), ahli-ahli korporat, dekan-dekan fakulti dan pensyarah-pensyarah UiTM.
Majlis Perasmian ini telah berlangsung di hadapan Bangunan Pentadbiran UiTM Perlis. Dengan pembinaan dan perasmian dataran ini sekaligus telah merealisasikan ilham Pengarah Kampus UiTM Perlis ketika itu, Prof Madya Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman, untuk menjadikan Dataran Tuanku Canselor ini sebagai mercu tanda UiTM Perlis dan juga menjadi tempat tumpuan aktiviti pelajar serta kakitangan UiTM Perlis.
Pada tanggal 30 Oktober 2004. bersamaan 16 Ramadan 1425H, UiTM Cawangan Perlis telah sekali lagi melakar satu peristiwa besar bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 UITM Cawangan Perlis. Peristiwa yang dimaksudkan lalah Majlis Perasmian dan Penamaan Masjid UiTM Perlis yang disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perlis. Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat di majlis bersejarah tersebut ialah DYTM Raja Puan Muda Perlis. YMM Raja Perempuan Besar Perlis, dan YAM Tengku Puteri Utama Perlis. Turut hadir lalah Y A Bhg Datin Seri Dato' Shamsiah M. Yassin, YB Speaker DUN Perlis mewakili YAll Menteri Besar Perlis, Ketua-Ketua Jabatan. Pengarah Kampus UITM Perlis, kakitangan serta keluarga dan wakil-wakil pelajar.
Majlis telah dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada kakitangan UiTM Perlis dan anak-anak yatim di sekitar negeri Perlis. Seramai 97 anak yatim dari Rumah Seri Kenangan, Kangar, Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah dan sekitar Qariah Arau telah dihadiahkan duit raya dan sepasang pakaian raya sumbangan DYMM Pemangku Raja Perlis dan PEWANI UITM Perlis. Selain itu. seramai 171 orang kakitangan kumpulan D UITM Perlis turut diraikan dan dihadiahkan pakaian raya. Majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa diikuti dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri, Y Bhg Dato' Alim Panglima Tuan Hj Mat Jahaya Hj Hussien. Selesai solat, majlis jamuan makan telah diserikan dengan persembahan nasyid oleh para pelajar UiTM yang terdiri dari 3 kumpulan
Cogan Kata bagi Dewan Latehan RIDA ialah 'Rebut Ilmu dan Amalkan'.
Y.A.B Tun Abdul Razak Dato’ Hussein memainkan peranan penting dalam penubuhan ITM yang bermula dengan nama Dewan Latehan RIDA pada tahun 1962. Sumbangan beliau bagi memastikan pendidikan dan pencapaian orang Melayu dan bumiputera terbela. Bermula dengan empat (4) kursus yang ditawarkan akhirnya berkembang dan berubah nama kepada Maktab MARA.
Tidak dinafikan, besar peranan Y.A.B Tun Abdul Razak Dato’ Hussein dalam pembangunan ITM. Ini dapat dilihat melalui usaha dan rasa tanggungjawab beliau terutama dalam bidang pendidikan dan sosio-ekonomi. Saksikan pameran maya Sumbangan Tun Abdul Razak Terhadap ITM bermula November hingga Disember 2021.