Browse Items (64 total)
Sort by:
-
Kampus Arau Maju Setapak Lagi 14 Oktober 2000
14 Oktober merupakan hari yang bersejarah bagi warga UiTM kampus Arau terutamanya kakitangan akademik apabila bangunan Hal Ehwal Akademik yang baru telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis pada ketika itu. Turut serta di majlis tersebut ialah Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTMProf. Datuk Ir. Dr. Hj. Ahmad Zaidee Laidin, Naib Canselor UiTM, Prot. Madya Dr. Bukhory Hj. Ismail, Provos UiTM Kampus Arau, Timbalan Provos, Ketua Jabatan, Kakitangan dan pelajar UiTM Kampus Arau. -
Majlis Perasmian & Penamaan Masjid UiTM Perlis
Pada tanggal 30 Oktober 2004. bersamaan 16 Ramadan 1425H, UiTM Cawangan Perlis telah sekali lagi melakar satu peristiwa besar bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 UITM Cawangan Perlis. Peristiwa yang dimaksudkan lalah Majlis Perasmian dan Penamaan Masjid UiTM Perlis yang disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perlis. Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat di majlis bersejarah tersebut ialah DYTM Raja Puan Muda Perlis. YMM Raja Perempuan Besar Perlis, dan YAM Tengku Puteri Utama Perlis. Turut hadir lalah Y A Bhg Datin Seri Dato' Shamsiah M. Yassin, YB Speaker DUN Perlis mewakili YAll Menteri Besar Perlis, Ketua-Ketua Jabatan. Pengarah Kampus UITM Perlis, kakitangan serta keluarga dan wakil-wakil pelajar.
Majlis telah dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada kakitangan UiTM Perlis dan anak-anak yatim di sekitar negeri Perlis. Seramai 97 anak yatim dari Rumah Seri Kenangan, Kangar, Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah dan sekitar Qariah Arau telah dihadiahkan duit raya dan sepasang pakaian raya sumbangan DYMM Pemangku Raja Perlis dan PEWANI UITM Perlis. Selain itu. seramai 171 orang kakitangan kumpulan D UITM Perlis turut diraikan dan dihadiahkan pakaian raya. Majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa diikuti dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri, Y Bhg Dato' Alim Panglima Tuan Hj Mat Jahaya Hj Hussien. Selesai solat, majlis jamuan makan telah diserikan dengan persembahan nasyid oleh para pelajar UiTM yang terdiri dari 3 kumpulan -
Majlis Perasmian Kejohanan Sukan MASUM Fasa 1 2010
DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Muda Perlis, telah berkenan berangkat mencemar duli merasmikan Kejohanan MASUM FASA 1 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Teknologi MARA Perlis. Kejohanan ini yang berlangsung dari 16 Mei 2010 hingga 21 Mei 2010 telah melibatkan 8 jenis sukan iaitu Badminton, Bola Tampar, Bola Tampar Pantai, Karate-Do, Ragbi 15, Hoki Wanita, Sofnol dan Tenis.
Sebanyak 20 Universiti telah mengambil bahagian yang melibatkan 2,300 orang atlet dan pegawai. Lokasi pertandingan ialah di dalam kampus UiTM dan 5 acara di luar kampus iaitu Kompleks Sukan Negeri, Dewan Matrikulasi Arau, Dewan Rakan Muda Kangar, Kompleks Hijau Kuning dan Gelanggang Bola Tampar Pantai-Pejabat Adun Sena. -
Perasmian Dataran Tuanku Canselor
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al- Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullai yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ketika itu dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah Al-Marhum Tengku Abdul Rashid telah berangkat ke Majlis Perasmian Dataran Tuanku Canselor UiTM Perlis bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-30 UiTM Perlis. Keberangkatan baginda telah disambut oleh Menteri Besar Perlis, YAB Dato' Seri Shahidan Kassim, Naib Canselor UiTM, Y Bhg Dato' Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dan Pengarah Kampus UiTM Perlis, Prof Madya Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman.
Turut berangkat ke majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis. Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah. beberapa orang kenamaan (VIP), ahli-ahli korporat, dekan-dekan fakulti dan pensyarah-pensyarah UiTM.
Majlis Perasmian ini telah berlangsung di hadapan Bangunan Pentadbiran UiTM Perlis. Dengan pembinaan dan perasmian dataran ini sekaligus telah merealisasikan ilham Pengarah Kampus UiTM Perlis ketika itu, Prof Madya Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman, untuk menjadikan Dataran Tuanku Canselor ini sebagai mercu tanda UiTM Perlis dan juga menjadi tempat tumpuan aktiviti pelajar serta kakitangan UiTM Perlis. -
Pintu masuk Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Pintu masuk UiTM Kampus Alor Gajah atau lebih dikenali dengan nama UiTMLendu atau UiTMLondon.
Pada 2 Mei 1996, Kampus UiTM Melaka yang dahulunya dikenali sebagai ITM Melaka telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Mahathir Mohamad. Menjelang Mac 2020, jumlah pelajar di Kampus Alor Gajah telah melebihi 6,500 orang, dengan 255 kakitangan sokongan dan 319 pensyarah. -
Persatuan Alumni Perladangan UiTM
Program pengajian Pengurusan Industri Tanaman di ITM (kini UiTM) bermula dengan kemasukan pelajar kumpulan pertamanya pada tahun 1967-1968. Graduan Diploma Pengurusan Industri Tanaman (DPIM) merupakan kumpulan pertama berjaya dilahirkan pada tahun 1970.
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan ITM yang ketika itu berada di bawah pimpinan En Arshad Ayub (kini Yang Amat Mulia Tan Sri Dato' Seri Utama Arshad Ayub) kerana berjaya mewujudkan dan menawarkan program pengajian baharu iaitu pengurusan industri bercucuk tanam.
Selepas lebih 40 tahun, UiTM telah merombak dan menyusun semula program pengajian yang ditawarkan selain menawarkan program baharu ke peringkat ijazah dan pasca ijazah.
Sebelum ini, kursus Diploma Pengurusan Industri Tanaman (DPIM) dikendalikan oleh Pusat Pengajian Sains Gunaan. Kini semua program perladangan dan agroteknologi sama ada di peringkat diploma, ijazah atau lepasan ijazah diuruskan oleh Fakulti Perladangan dan Agroteknologi bagi melahirkan tenaga profesional terlatih dalam semua bidang pertanian dan berkaitan.
Sehingga kini, UiTM telah berjaya melahirkan lebih 7,000 graduan DPIM serta berkelulusan sarjana muda dan sarjana yang merupakan sumber sub-profesional dan profesional yang pernah dan sedang berkhidmat dalam industri perladangan dan pertanian di sektor awam juga. sebagai sektor swasta dalam negara dan juga di luar negara.
Sumber manusia yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga khususnya yang telah bersara tidak seharusnya dibiarkan membawa haluan sendiri tanpa dimanfaatkan sepenuhnya dan dijadikan aset yang berharga untuk kesinambungan pembangunan UiTM khususnya Fakulti Perladangan & Agroteknologi dan negara secara amnya.
Dalam memenuhi hasrat menghimpunkan seramai mungkin graduan UiTM perladangan bagi menyatukan tenaga, pemikiran, pengalaman, kepakaran, rangkaian dan sumber ekonomi dalam organisasi yang unggul, PERSATUAN ALUMNI PERLADANGAN UITM MALAYSIA atau ringkasnya PAPU telah didaftarkan secara rasmi pada 28 Julai 2011. . -
Idea UiTM sebelum Merdeka
Siapa sangka idea dibentang pada 1951 mampu bertahan dan berkembang menjadi universiti?
Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak Hussein pada masa itu mengimpikan bangsa Melayu luar bandar mampu dan berkeinginan untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.
Sebelum merdeka, Tanah Melayu dijajah oleh British yang membawa imigran untuk kepentingan ekonomi mereka. Orang Melayu pula dinafikan dari perniagaan, perdagangan, keusahawanan dan pendidikan.
Kebajikan imigran ketika itu mengancam kedudukan orang Melayu sebagai pribumi. Dasar pecah dan perintah British meletakkan Melayu di kampung, Cina di kawasan lombong dan pinggir bandar, dan India di ladang.
Bukan sahaja ditolak dari ekonomi moden, hak pemilikan tanah juga menjadi permasalahan bagi orang Melayu.
Konflik Melayu-Cina pada masa itu meruncing akibat dominasi Cina dalam ekonomi. Tambahan pula perbezaan budaya serta aktiviti tidak bermoral yang dibawa orang Cina menyebabkan kemarahan orang Melayu untuk mempertahankan warisan Melayu dan akidah orang Islam.
Disebabkan mereka dinafikan, pendidikan, sikap orang Melayu yang boros kerana cetek ilmu pengurusan kewangan menyebabkan berhutang dengan Cina dan India. -
Pertama dan Terakhir Majlis Konvokesyen Institut Teknologi MARA (ITM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra
Majlis Konvokesyen Institut Teknologi Mara (ITM) yang berlangsung pada Oktober, 1988 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjadi yang pertama dan terakhir untuk para graduan ITM pada tahun itu. Tempat berprestij ini dipilih untuk meraikan pencapaian graduan ITM dan menandakan satu titik penting dalam sejarah institusi ini sebelum beralih kepada era baru sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Majlis ini menjadi kenangan abadi kepada semua yang terlibat, termasuk graduan, tenaga pengajar, dan pihak pengurusan, yang bersama-sama menyaksikan satu permulaan dan pengakhiran tradisi ITM dalam satu venue bersejarah. -
Perasmian ITM ke UiTM
Pada 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mengumumkan perubahan nama Institut Teknologi MARA (ITM) kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) semasa Perhimpunan Siswazah di Stadium Malawati, Shah Alam. Langkah ini bukan hanya menaikkan taraf ITM kepada sebuah universiti penuh, tetapi juga memperkukuhkan peranannya dalam meningkatkan peluang pendidikan tinggi untuk bumiputera, dengan perubahan struktur pentadbiran termasuk perlantikan Yang di-Pertuan Agong sebagai Canselor. -
Bilik komputer pertama di ITM Melaka
Pada tahun 1985, ITM Melaka memulakan penawaran program Diploma Perakaunan yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran, termasuk makmal komputer yang merupakan antara yang pertama di kampus itu. Makmal komputer ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, membantu pelajar menguasai kemahiran teknologi yang penting dalam bidang perakaunan. Makmal tersebut ditempatkan di bangunan utama seperti KPP 1 dan KPP 2, yang juga menempatkan bilik pensyarah dan bilik kuliah, menunjukkan komitmen ITM Melaka terhadap penyediaan infrastruktur pendidikan yang berkualiti.