Fakulti ini ditubuhkan pada Julai 1967 dengan pendaftaran awal 60 pelajar di bawah apa yang dikenali sebagai Sekolah Seni Gunaan, yang kemudiannya ditukar kepada Sekolah Seni dan Seni Bina.
Pada 29 Julai 1972, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein merasmikan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) di Institut Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. Majlis tersebut turut dihadiri oleh anak beliau, Encik Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Perdana Menteri juga menanam pokok sempena perasmian ini dan menandatangani buku pelawat. Semasa majlis perasmian, Tun Abdul Razak berucap dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar ITM, diiringi oleh Pengarah ITM, Encik Arshad Ayub, dan Ketua Perpustakaan, Puan Rugayah Abdul Rashid. Encik Arshad Ayub turut menunjukkan pembangunan fizikal yang sedang dibina kepada Perdana Menter
UiTM atau Universiti Teknologi Mara merupakan antara institusi awam yang terulung di negara ini. Universiti ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh yang banyak memberikan sumbangan dan mengharumkan nama negara. Tan Sri Richard Malanjum, Datuk Seri Musa Aman, Yang Berbahagia Tuan Muhammad @ Mat Sabu merupakan antara ratusan pelajar yang pernah menuntut di institusi ini .
14 Oktober 1967 – Pada tahun 1967, Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein telah meletakkan batu asas pembinaan kampus Institut Teknologi Mara (ITM). Pembinaan kampus ini diperlukan kerana negara mengalami kekurangan pekerja terlatih di tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan meluluskan sebidang tanah seluas 300 ekar di Shah Alam untuk dijadikan tapak bagi Maktab Mara. Sejarah ITM bermula pada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA, sebuah pusat percubaan yang menyediakan kursus persediaan bagi belia luar bandar. Dewan Latihan RIDA ini diilhamkan oleh Datuk Onn bin Jaafar, ekoran lawatan beliau ke Ceylon pada tahun 1950 untuk mengkaji program pembangunan luar bandar di negara tersebut. Hasil dari lawatan itu, kertas kerja dibentangkan kepada Majlis Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau RIDA (The Rural and Industrial Development Authority).
Gerbang ini ditubuhkan pada awal tahun 1970-an dan gerbang ini juga telah menjadi pintu laluan masuk dan keluar utama di ITM cawangan Terengganu. Selain daripada itu, terdapat logo ITM serta bendera Malaysia dan bendera Terengganu di pintu gerbang. Tambahan pula, pintu gerbang ini juga melambangkan identiti ITM itu sendiri.
Tanggal 1 Julai 1975 menyaksikan penubuhan ITM (kini UiTM) Kampus Dungun di Sura Gate, Dungun, Terengganu. Kampus sementara ini mempunyai keluasan 17 ekar dan merupakan bekas tapak sebuah syarikat perlombongan bijih besi yang disewa dari Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Terdapat 22 bangunan kayu yang digunakan untuk pentadbiran, bilik kuliah, perpustakaan, dan asrama. Pengubahsuaian dan pembinaan tambahan dilakukan untuk menampung keperluan pelajar dan staf. Kampus tetap di Sura Hujung mula dibina pada tahun 1982 dan semua aktiviti serta penempatan pelajar dipindahkan ke sana pada 30 April 1998. Majlis peletakan batu asas kampus tetap disempurnakan oleh Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 19 Oktober 1978. Kini, UiTM Kampus Dungun telah membangunkan kawasan pantai dan seberang tasik secara berperingkat melalui beberapa fasa pembangunan.
Pada 14 Oktober 1967, Tun Abdul Razak bin Hussein iaitu Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah meletak batu asas bagi pembinaan Kampus Institut Teknologi Mara (ITM). Pembinaan ini bagi menyelesaikan masalah negara ketika itu iaitu kekurangan kaki tangan pekerja terlatih di tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Sehubungan dengan itu, kerajaan meluluskan seluas 300 ekar tanah di Shah Alam, Selangor. Sejarah ITM ini bermula pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latihan RIDA. Pada Jun 1956, Dewan Latihan RIDA ditukarkan nama kepada Maktab MARA (Majlis Amanah Rakyat dan kemudiannya ditukarkan nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM) pada tarikh 14 Oktober 1967.
Pada akhir tahun 1975, dua demonstrasi oleh pelajar-pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia, termasuk ITM, menyebabkan kira-kira 200 pelajar disingkirkan dari ITM. Insiden ini mendorong ITM untuk menubuhkan Unit Kesatria pada tahun 1976, sebagai langkah meningkatkan disiplin pelajar. Pada tahun 1978, Unit Kesatria dijadikan kokurikulum wajib, di mana pelajar mesti lulus subjek ini untuk mendapatkan diploma. Pada 2 Oktober 2007, Unit Kesatria ditukar nama kepada Unit Kokurikulum, dengan fungsi baru menguruskan semua kursus kokurikulum di UiTM.