Browse Items (64 total)
Sort by:
-
Pintu Masuk Asrama Temenggong Abdul Rahman
Imej pintu masuk ke Asrama Temenggong Abdul Rahman yang terletak di Bukit Siput, Segamat, Johor pada tahun 1983. Asrama ini dimiliki oleh UiTM Segamat ataupun dikenali sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada waktu itu. -
Pintu masuk Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Pintu masuk UiTM Kampus Alor Gajah atau lebih dikenali dengan nama UiTMLendu atau UiTMLondon.
Pada 2 Mei 1996, Kampus UiTM Melaka yang dahulunya dikenali sebagai ITM Melaka telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Mahathir Mohamad. Menjelang Mac 2020, jumlah pelajar di Kampus Alor Gajah telah melebihi 6,500 orang, dengan 255 kakitangan sokongan dan 319 pensyarah. -
Program Sambutan Ramadhan Di Pusat Islam Tahun 1996
Pada 15 Februari 1996 bersamaan 15 Ramadhan 1416 Hijrah, telah diadakan Program Sambutan Ramadhan yang melibatkan staf dan pelajar ITM cawangan Perlis. Antara aktiviti yang dijalankan adalah berbuka puasa beramai-ramai, solat tarawih dan tadarus Al-Quran.
Program yang berlangsung di Pusat Islam ini memberikan impak positif seperti merapatkan hubungan silaturrahim antara staf dan pelajar ITM kerana bersama-sama memeriahkan sambutan ini. Malah sambutan seperti amat digalakkan kerana sambutan ini membuatkan kita menghormati serta mencintai bulan Ramadhan yang suci. Dengan menjalankan aktiviti seperti berbuka beramai-ramai, solat tarawih dan tadarus Al-Quran akan memberikan banyak kebaikan kepada semua. -
Pusat Sukan ITM
Pada tahun 1976, Ketua Unit Sukan telah dilantik kepada Tuan Haji Ameran Rerah.
Kemudian pada tahun 1992, En. Mustaza Ahmad mengambil alih sebagai peneraju Pusat Sukan dan terus memimpin hingga ke hari ini.
-
Rombongan ke Bukit Cerakah
Kenangan lewat 1980-an ketika Tadika ITM mengadakan rombongan ke Bukit Cerakah di bawah seliaan Cikgu Aishah adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi ramai pelajar. Rombongan ini bukan sahaja memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar di luar kelas, tetapi juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru.
Sebagai salah satu tadika terkemuka pada masa itu, Tadika ITM berusaha untuk memberikan pengalaman pendidikan yang holistik. Bukit Cerakah, dengan keindahan alam semulajadi dan pelbagai aktiviti yang ditawarkan, menjadi pilihan yang ideal untuk rombongan tersebut. Cikgu Aishah, yang dikenali dengan pendekatan pengajarannya yang mesra dan penuh kasih sayang, memainkan peranan penting dalam memastikan semua pelajar merasa selesa dan terlibat dalam aktiviti yang dijadualkan.
Pengalaman tersebut menjadi salah satu daripada banyak momen berharga yang membentuk identiti dan memori zaman kanak-kanak, yang hingga kini masih dikenang oleh mereka yang terlibat. -
Sambutan Jubli Perak UiTM Kampus Arau
Pada 5 Julai 1999 genaplah usia 25 tahun penubuhan UiTM Kampus Arau sebagai kampus cawangan tertua di dalam keseluluruhan sistem pengurusan UITM. Penubuhannya di kampus sementara UITM Arau di Padang Kantong. Sambutan Jubli Perak telah diraikan dari 29 Julai hingga 2 Ogos 1999. Pelbagai aktiviti telah disusun atur. Antaranya, aktiviti kemuncak yang dirancang ialah Jamuan Makan Malam untuk semua kakitangan, Hari Keluarga, Hari Terbuka, Ceramah Perdana dan Pameran. Yang Berbahagia Datuk Ir. D Haji Ahmad Zaidee Laidee, Naib Canselor UiTM pada ketika itu dan Datin telah menyerikan lagi Majlis Makan Malam pada 29 Julai 1999 dan Perasmian Jubli Perak pada 30 Julai 1999. -
Sejarah Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Melaka
Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Melaka ditubuhkan pada tarikh 12 Ogos 1984 yang mempunyai 5 orang pensyarah dan kira-kira seramai 158 orang pelajar. Bangunan utama iaitu bangunan Pentadbiran yang mempunyai 2 tingkat. Selain itu, perpustakaan dan kelas berkongsi satu bangunan yang sama. Perpustakaan pada ketika itu mempunyai penghawa dingin dan berada di tingkat 1. Manakala, kelas pelajar berada di tingkat bawah dan tingkat 2. Selain itu, di tingkat bawah juga mempunyai dewan serbaguna yang boleh digunakan bagi majlis-majlis penting dan istimewa. -
Sejarah Perpustakaan UiTM Melaka & Pusat Sumber UiTM KBM
Perpustakaan UiTM Melaka telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1984, yang peringkat awalnya terletak di kampus utama di Jalan Hang Tuah, Melaka. Perpustakaan ini telah berpindah ke bangunan tetap yang terletak di Alor Gajah pada bulan Oktober 1999. Seramai 1600 orang pembaca boleh ditempatkan dalam perpustakaan dan selainnya seramai 390 orang di ruang diskusi. Sebagai sebuah gedung ilmu Perpustakaan UiTM Melaka telah menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan warga UiTM.
Pusat sumber KBM merupakan sebuah pusat maklumat yang menyediakan pelbagai sumber rujukan serta perkhidmatan perpustakaan bercirikan separa maya yang telah dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur ICT , Ianya adalah bertujuan untuk menyokong proses penyelidikan , pendidikan dan pembelajaran pengguna - pengguna di UiTM Melaka khususnya warga Kampus Bandaraya Melaka . Pusat Sumber Kampus Bandaraya Melaka diketuai oleh seorang Timbalan Ketua Pustakawan yang berpusat di Perpustakaan UiTM Kampus Melaka ( Alor Gajah ) dan di bantu oleh 2 orang Pustakawan dan 7 orang Pembantu Perpustakaan Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya Melaka terletak di tingkat 1 dan tingkat 12 Bangunan Graha Jaya ,Jalan Hang Tuah, Melaka. Pusat Sumber Tingkat 12 mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2007. Manakala Pusat Sumber tingkat 1 mula beroperasi pada Ogos 2007. Pusat Sumber ini mampu menyediakan tempat duduk bagi 530 orang pengguna pada satu masa. -
Sejarah Universiti Teknologi Mara ITM (UiTM) Kampus Dungun
Tanggal 1 Julai 1975 menyaksikan penubuhan ITM (kini UiTM) Kampus Dungun di Sura Gate, Dungun, Terengganu. Kampus sementara ini mempunyai keluasan 17 ekar dan merupakan bekas tapak sebuah syarikat perlombongan bijih besi yang disewa dari Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Terdapat 22 bangunan kayu yang digunakan untuk pentadbiran, bilik kuliah, perpustakaan, dan asrama. Pengubahsuaian dan pembinaan tambahan dilakukan untuk menampung keperluan pelajar dan staf. Kampus tetap di Sura Hujung mula dibina pada tahun 1982 dan semua aktiviti serta penempatan pelajar dipindahkan ke sana pada 30 April 1998. Majlis peletakan batu asas kampus tetap disempurnakan oleh Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 19 Oktober 1978. Kini, UiTM Kampus Dungun telah membangunkan kawasan pantai dan seberang tasik secara berperingkat melalui beberapa fasa pembangunan.