UiTM atau Universiti Teknologi Mara merupakan antara institusi awam yang terulung di negara ini. Universiti ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh yang banyak memberikan sumbangan dan mengharumkan nama negara. Tan Sri Richard Malanjum, Datuk Seri Musa Aman, Yang Berbahagia Tuan Muhammad @ Mat Sabu merupakan antara ratusan pelajar yang pernah menuntut di institusi ini .
Pada 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mengumumkan perubahan nama Institut Teknologi MARA (ITM) kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) semasa Perhimpunan Siswazah di Stadium Malawati, Shah Alam. Langkah ini bukan hanya menaikkan taraf ITM kepada sebuah universiti penuh, tetapi juga memperkukuhkan peranannya dalam meningkatkan peluang pendidikan tinggi untuk bumiputera, dengan perubahan struktur pentadbiran termasuk perlantikan Yang di-Pertuan Agong sebagai Canselor.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al- Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullai yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ketika itu dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah Al-Marhum Tengku Abdul Rashid telah berangkat ke Majlis Perasmian Dataran Tuanku Canselor UiTM Perlis bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-30 UiTM Perlis. Keberangkatan baginda telah disambut oleh Menteri Besar Perlis, YAB Dato' Seri Shahidan Kassim, Naib Canselor UiTM, Y Bhg Dato' Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dan Pengarah Kampus UiTM Perlis, Prof Madya Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman.
Turut berangkat ke majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis. Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah. beberapa orang kenamaan (VIP), ahli-ahli korporat, dekan-dekan fakulti dan pensyarah-pensyarah UiTM.
Majlis Perasmian ini telah berlangsung di hadapan Bangunan Pentadbiran UiTM Perlis. Dengan pembinaan dan perasmian dataran ini sekaligus telah merealisasikan ilham Pengarah Kampus UiTM Perlis ketika itu, Prof Madya Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman, untuk menjadikan Dataran Tuanku Canselor ini sebagai mercu tanda UiTM Perlis dan juga menjadi tempat tumpuan aktiviti pelajar serta kakitangan UiTM Perlis.
Cogan Kata bagi Dewan Latehan RIDA ialah 'Rebut Ilmu dan Amalkan'.
Y.A.B Tun Abdul Razak Dato’ Hussein memainkan peranan penting dalam penubuhan ITM yang bermula dengan nama Dewan Latehan RIDA pada tahun 1962. Sumbangan beliau bagi memastikan pendidikan dan pencapaian orang Melayu dan bumiputera terbela. Bermula dengan empat (4) kursus yang ditawarkan akhirnya berkembang dan berubah nama kepada Maktab MARA.
Tidak dinafikan, besar peranan Y.A.B Tun Abdul Razak Dato’ Hussein dalam pembangunan ITM. Ini dapat dilihat melalui usaha dan rasa tanggungjawab beliau terutama dalam bidang pendidikan dan sosio-ekonomi. Saksikan pameran maya Sumbangan Tun Abdul Razak Terhadap ITM bermula November hingga Disember 2021.
UiTM Cawangan Terengganu merupakan antara salah satu cawangan UiTM yang mempunyai sebuah unit khas untuk mengurus rekod dan arkib serta memelihara dan memulihara artifak bersejarah universiti. Unit Rekod dan Arkib ini mula ditubuhkan pada tahun 1975 di UiTM Cawangan Terengganu. Di awal penubuhan, Unit Rekod dan Arkib ini pada mulanya dipertanggungjawabkan di bawah bidang kuasa pengurusan Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Terengganu. Pada awal tahun 2015, Pejabat Pendaftar telah membuat penstrukturan semula jabatan di mana fungsi Bahagian Arkib diletakkan di bawah tanggungjawab pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).
Pengarah Pertama Institut Teknologi MARA (ITM), Arshad Ayud (Tan Sri) memberi taklimat kepada para pensyarah, di Dewan Kuliah Bangunan Menara, ITM Shah Alam, 1970-an
Imej papan tanda keterangan projek oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Papan keterangan ini dipacak di tapak kampus tetap sebagai keterangan kepada projek mereka bentuk, membina, menyiapkan dan melancarkan kampus tetap ITM Segamat yang terletak di KM12 Jalan Muar, Segamat, Johor. Projek membina ITM Cawangan Johor ini diuruskan oleh Pengarah Unit Pelaksanaan Projek Turnkey, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia manakala kontraktok yang dilantik adalah Kuari Indera Development and Construction SDN. BHD.
Imej merakamkan papan tanda Institut Teknologi MARA (ITM) yang dipasang pada tahun 1983 di bahagian hadapan bangunan sementara ITM Bukit Siput, Segamat Johor. Papan tanda tersebut menggunakan 2 jenis tulisan iaitu rumi dan jawi yang membawa perkataan "Institut Teknologi Mara Cawangan Johor Segamat". Selepas wujudnya bangunan ini, satu keputusan mesyuarat dan perbincangan rasmi dengan Pegawai Kerajaan Johor di pejabat Daerah Segamat telah dibuat bagi membincangkan mengenai tapak kampus ITM Cawangan Segamat. Di dalam pertemuan tersebut ITM telah menghantar wakil seramai 11 orang dan 6 orang wakil daripada kerajaan Negeri Johor juga telah turut serta.