Browse Items (64 total)
Sort by:
-
Menara Sultan Abdul Aziz Shah Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Antara bangunan terawal di Shah Alam ialah Menara Sultan Abdul Aziz UiTM. Yang anehnya ialah bangunan itu telah digunakan walaupun penyiapan tingkat empat masih berlangsung. Bangunan untuk bidang seperti sains, seni dan sains aplikasi masih dalam pembinaan. Pada masa itu, menara ini sudah kelihatan dari Batu Tiga, dengan Teater Kuliah berbentuk piring terbang di sebelahnya, yang berfungsi sebagai mercu tanda Shah Alam. Pada masa itu, deretan rumah teres hanya terdapat di Seksyen 2 dan Bandar Sungai Renggam, Seksyen 16. -
Maktab MARA (1965 - 1967)
Maktab MARA pada bulan Jun 1965 -
Majlis Perletakan Batu Asas dan Pengisytiharaan ITM di Batu Tiga pada 14 Oktober 1967
Ketibaan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein yang diiringi oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Encik Ghafar Baba, disambut meriah oleh para pelajar di dalam Majlis Perletakan Batu Asas dan Pengisytiharaan ITM di Batu Tiga, Jalan Klang, Selangor pada 14 Oktober 1967. Perletakan Batu Asas Institut Teknologi MARA (ITM) di Batu Tiga telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Y.A.B. Tun Abdul Razak Dato’ Hussein dan disaksikan oleh Pengarah Maktab MARA, Encik Arshad Ayub pada 14 Oktober 1967. -
Majlis perasmian pertukaran dari Dewan Latihan RIDA kepada Institut Teknologi Mara (ITM)
Pada 14 Oktober 1967, Tun Abdul Razak bin Hussein iaitu Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah meletak batu asas bagi pembinaan Kampus Institut Teknologi Mara (ITM). Pembinaan ini bagi menyelesaikan masalah negara ketika itu iaitu kekurangan kaki tangan pekerja terlatih di tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Sehubungan dengan itu, kerajaan meluluskan seluas 300 ekar tanah di Shah Alam, Selangor. Sejarah ITM ini bermula pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latihan RIDA. Pada Jun 1956, Dewan Latihan RIDA ditukarkan nama kepada Maktab MARA (Majlis Amanah Rakyat dan kemudiannya ditukarkan nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM) pada tarikh 14 Oktober 1967. -
Majlis Perasmian Perpustakaan Tun Abdul Razak
Pada 29 Julai 1972, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein merasmikan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) di Institut Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. Majlis tersebut turut dihadiri oleh anak beliau, Encik Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Perdana Menteri juga menanam pokok sempena perasmian ini dan menandatangani buku pelawat. Semasa majlis perasmian, Tun Abdul Razak berucap dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar ITM, diiringi oleh Pengarah ITM, Encik Arshad Ayub, dan Ketua Perpustakaan, Puan Rugayah Abdul Rashid. Encik Arshad Ayub turut menunjukkan pembangunan fizikal yang sedang dibina kepada Perdana Menter -
Majlis Perasmian Penubuhan ITM Cawangan Johor Kampus Segamat
Majlis Perasmian Penubuhan ITM Cawangan Johor Kampus Segamat pada 23 Mac 1985 bersamaan 10 Rejab 1403H yang telah menjemput beberapa individu termasuk kehadiran khas Menteri Besar Johor iaitu Y.A.B Dato Abdul Ajib berada di tempat duduk beliau di ruang tengah pentas bersama tetamu kehormat yang lain. -
Majlis Perasmian Kejohanan Sukan MASUM Fasa 1 2010
DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Muda Perlis, telah berkenan berangkat mencemar duli merasmikan Kejohanan MASUM FASA 1 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Teknologi MARA Perlis. Kejohanan ini yang berlangsung dari 16 Mei 2010 hingga 21 Mei 2010 telah melibatkan 8 jenis sukan iaitu Badminton, Bola Tampar, Bola Tampar Pantai, Karate-Do, Ragbi 15, Hoki Wanita, Sofnol dan Tenis.
Sebanyak 20 Universiti telah mengambil bahagian yang melibatkan 2,300 orang atlet dan pegawai. Lokasi pertandingan ialah di dalam kampus UiTM dan 5 acara di luar kampus iaitu Kompleks Sukan Negeri, Dewan Matrikulasi Arau, Dewan Rakan Muda Kangar, Kompleks Hijau Kuning dan Gelanggang Bola Tampar Pantai-Pejabat Adun Sena. -
Majlis Perasmian & Penamaan Masjid UiTM Perlis
Pada tanggal 30 Oktober 2004. bersamaan 16 Ramadan 1425H, UiTM Cawangan Perlis telah sekali lagi melakar satu peristiwa besar bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 UITM Cawangan Perlis. Peristiwa yang dimaksudkan lalah Majlis Perasmian dan Penamaan Masjid UiTM Perlis yang disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perlis. Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat di majlis bersejarah tersebut ialah DYTM Raja Puan Muda Perlis. YMM Raja Perempuan Besar Perlis, dan YAM Tengku Puteri Utama Perlis. Turut hadir lalah Y A Bhg Datin Seri Dato' Shamsiah M. Yassin, YB Speaker DUN Perlis mewakili YAll Menteri Besar Perlis, Ketua-Ketua Jabatan. Pengarah Kampus UITM Perlis, kakitangan serta keluarga dan wakil-wakil pelajar.
Majlis telah dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada kakitangan UiTM Perlis dan anak-anak yatim di sekitar negeri Perlis. Seramai 97 anak yatim dari Rumah Seri Kenangan, Kangar, Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah dan sekitar Qariah Arau telah dihadiahkan duit raya dan sepasang pakaian raya sumbangan DYMM Pemangku Raja Perlis dan PEWANI UITM Perlis. Selain itu. seramai 171 orang kakitangan kumpulan D UITM Perlis turut diraikan dan dihadiahkan pakaian raya. Majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa diikuti dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri, Y Bhg Dato' Alim Panglima Tuan Hj Mat Jahaya Hj Hussien. Selesai solat, majlis jamuan makan telah diserikan dengan persembahan nasyid oleh para pelajar UiTM yang terdiri dari 3 kumpulan -
Majlis Penamaan Perpustakaan ITM Cawangan Perlis
Pada Majlis Penamaan Perpustakaan ITM Cawangan Perlis ini telah berlangsung pada tahun 1985. Pengerusi Majlis ITM ketika itu iaitu Dato' Jaafar bin Othman telah mengisytiharkan serta menamakan bangunan perpustakaan ini sebagai Perpustaakan Dato' Jaafar Hassan. Sebagai tanda bagi mengenang jasa dan bakti Y.A.B Dato' Jaafar bin Hassan, bekas Menteri Besar Perlis kerana menjadi tunggak dan penggerak utama kepada penubuhan ITM Cawangan Perlis ini. -
Majlis Pembukaan Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Segamat
Majlis pembukaan ITM Cawangan Segamat di Bukit Siput pada tahun 1983. Pembukaan ITM Segamat ini telah melakar sejarah di negeri Johor Darul Ta'zim apabila Daerah Segamat telah dipilih sebagai daerah yang menjayakan pembangunan pendidikan selepas Johor Bahru. Majlis pembukaan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Abdul Ajib bin Ahmad yang merupakan Menteri Besar Johor pada ketika itu.